Saturday, 22 June 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU , NORMA NILAM

Nilam,
 
Hari ni kita ada masalah jerebu.  Mak takut nak bawa adik keluar rumah. 
 
Tadi, Mak keluar sekejap pun rasa sesak nafas. Mak singgah farmasi nak beli mask tapi
 
sold out.
 
 
 
Kita duduk rumah saja hari ni tapi petang nanti Mak kena pergi kedai buku nak cari buku
 
Pendidikan Moral.  Tak sangka di sekolah baru ni, Mak kena mengajar subjek Pendidikan
 
Moral pulak.  (  Oh ye, kita kena ke klinik juga bawa Abang buat dressing !  ).
 
 
 
Mak ingat lagi tahun 2001, semasa di SMK Gjah Behrang,Melaka,  Mak pernah mengajar
 
Pendidikan Moral hampir setahun lamanya.
 
(Sebenarnya Nilam, Mak berhijrah ke Melaka selama setahun untuk terapi abang di
 
NASOM Melaka.  Kemudian Mak kembali semula ke Gemas.)
 
 
 
Ketika di Melaka Mak   menyewa sebuah rumah teres tiga bilik di Taman Ara Indah, Batu
 
Berendam.    Setiap hari, ayah berulang pergi kerja di Gemas.  Sebenarnya, masa mula2
 
pindah Melaka, keluarga kita cuma ada Ayah , Mak dan abang.  Setelah beberapa bulan di
 
Melaka, barulah Mak mengandungkan Nilam.  Bila lahir, muka Nilam macam muka Cina  ...
 
rasanya kenan kot sebab di SMK Gajah Behrang tu 90% pelajar berbangsa Cina.  Begitu
 
juga guru2.
 
 
 
Sebenarnya, SMK Gajah Behrang adalah sekolah kedua Mak di Melaka.  Sebelum itu Mak
 
dihantar ke SMK Air Molek.  Mak ada kenangan pahit di sini.  Menyakitkan ...
 
 
 
Semasa Mak nak lapor diri, Pengetua sekolah ni macam tidak mahu menerima atas
 
 alasan beliau memohon guru Matematik Tulin tetapi Jabatan Pelajaran Melaka hantar guru
 
Ekonomi/ Matematik  ( iaitu Mak ).  Tetapi Mak duduk juga di situ selama sebulan dan
 
 kemudian Mak sendiri ke Jabatan Pelajaran Melaka berjumpa Hj Shaari minta ke sekolah
 
lain yang berhampiran dengan pusat terapi abang. 
 
 
 
Masih jelas dalam ingatan Mak , Mak jumpa Hj Shaari pada suatu hari Jumaat yang
 
tenang.  Masa itu, beliau baru lepas solat Jumaat.  Mak merayu minta pindah atas alasan
 
 Mak nak dekat dengan pusat terapi abang.  Alhamdulillah, rayuan Mak dilayan.  Rezeki
 
Abang ...
 
 
 
Sebenarnya Nilam, selain jauh dari pusat terapi abang, Mak juga tidak betah di situ. 
 
 Kenapa ?  Ditakdirkan di bumi Air Molek ini, layanan yang Mak terima tidak
 
begitu molek ... Mak ingat lagi, Semasa Mak minta izin dari GPK 1 untuk serah tugas,
 
permintaan Mak ditolak.  Mak juga masih ingat, seorang guru lelaki menegur mak kerana
 
park kereta di tempat letak kereta berbumbung dengan nada kasar.  Siap cakap ... Tempat
 
tu orang bayar la ... kalau cakap baik2 apa salahnya ... mak bukan sengaja nak ceroboh
 
tempat parking orang tapi Mak tak tau ...
 
 
 
Lantaran di situ, BUDI dan BAHASA entah di mana, Mak tak nak lama2 ... Pantang Mak
 
orang kurang ajar ... Kalau dah cikgu kurang ajar, macamana pula pelajarnya ..... namun
 
begitu, ada juga yang baik dan berhati mulia).
 
 
 
Bagaimana pula dengan Pengetua SMK Gajah Behrang ? ....  YA ALLAH ... SEMULIA2
 
INSAN ...
 
Mengalir air mata Mak apabila Mak ingat balik tentang dia...Mari kita doakan dia sihat,
 
 panjang umur dan murah rezeki ...Amin.
 
 
 
Nilam,
 
Pengetua ini bernama Abu Hassan Jaalam.  Bersia 50an.  Dia kata  pada Mak : 
 
Sebenarnya cikgu, opsyen cikgu tak ada kosong di sini, pada masa ini, tapi sebab cikgu nak
 
 terapi anak, saya terima.  Cikgu ajarlah apa2 subjek yang cikgu boleh nanti bincang
 
dengan GPK 1...  Ada apa2 masalah, jangan segan beritahu saya .... Apa yang saya
 
mampu, Insya Allah saya bantu !
 
 
Sungguh mulia hatinya, Nilam .....
 
 
 
Maka , Mak pun mengajar  Pendidikan Moral ... satu subjek yang mudah dan tidak
 
 begitu teknikal ... Dan Nilam, beberapa tahun lalu, kita terserempak dengan pengetua ni di
 
R & R lebuh raya .... Dia on the way hantar anak ke UNISEL ...
 
 
 
Begitulah ... orang berbudi ... lagi berhati budi ... Nilam, kalau Nilam ada pangkat, ada
 
kuasa, bantulah insan yang memerlukan ... Usah bongkak dan angkuh  !!!!
 
Mak tenang di alam sana!
 
 
 
Seterusnya, Mak meneruskan kerjaya di Jelebu.  Mula2 di SMK Simpang Gelami.  Mak tak
 
 lama di sini.  Pengetuanya  (  Tn Hj Rosdin b Kassim ) very good looking, sangat  sejuk
 
mata memandang, warak dan Islamik
 
juga hard working. 
 
 
 
Kemudian Mak ke SMK Undang Jelebu.  7 tahun di sini.  Sekolah paling lama Mak
 
mengajar sebenarnya!
 
 
Nilam,
 
Kehidupan ini memang banyak cabaran.  Tidak ada insan yang tidak diduga.  Apa yang
 
penting adalah ketahanan diri kita dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. 
 
Kita perlu kuat dan tabah.  Sesekali lemah, itu lumrah.  Namun kita perlu bangun semula
 
dengan kekuatan berganda-ganda. 
 
 
 
Tahu tak kenapa Mak namakan Nilam  :  NORMA NILAM ?
 
 
Norma bermakna peraturan-peraturan tidak bertulis yang diamalkan oleh sekumpulan
 
manusia di sesuatu tempat.
 
 
 
Nilam pula adalah permata.
 
Norma Nilam bermaksud peraturan permata.
 
Apakah peraturan permata ?

Permata itu indah rupanya.
 
 Permata itu tinggi nilainya. 
 
Permata itu sangat keras teksturnya.
 
 

Itulah yang Mak harapkan daripada anak perempuan Mak yang bernama Norma Nilam. 

 Mak mahu dia berperibadi indah, berakhlak yang tinggi nilainya dan hidup berpendirian 

tegas sekeras permata.  Dengan nilai2 ini, InsyaAllah , suatu hari nanti tidak mustahil Nilam

 menjadi Wanita muslimah sejati yang berjaya dunia dan akhirat.  Doa mak sentiasa

mengiringi Nilam.



Dulu, Nilam satu-satunya harapan Mak ... Maksud Mak, Mak harap sangat2 Nilam jaga

Abang Ariff setelah Mak dan Ayah tiada ... tapi dengan kelahiran Adik Rezza, Mak letakkan

harapan 30% sahaja di bahu Nilam dan selebihnya, di bahu Rezza.  Sebagai anak lelaki

Mak harap dia redha dan rela menerima tanggungjawab ini!  Nilam perempuan.  Orang

 perempuan ini, bila dah berkahwin, nasib dan takdirnya bergantung kepada suami....suami

yang bagaimana yang dia dapat....



Sebab itulah, walaupun Nilam baru berusia 11 tahun tetapi Mak hari2 dberdoa agar Nilam

dipertemukan dengan seorang lelaki mulia, yang baik hatinya dan sudi menerima abang

juga!  Seadanya####


Mak selalu bergurau dengan Nilam, Mak kata Mak nak Nilam kahwin dengan orang kaya ...

Itu sekadar gurauan, Nilam ... Hakikatnya Mak mahu Nilam kahwin dengan orang yang

kaya budi bahasa... mewah hati budi , Melimpah ruah kemanusiaan .... entah di mana

budak lelaki ini sekarang ...namun Mak berharap dia dan Nilam akan dipertemukan ...


SELAMAT PENGANTIN BARU NILAM
( Mak wish awal sebab Mak tak tahu adakah Mak berpeluang bersama Nilam melalui saat2 itu )







Gambar ehsan Google


Nota  :  Ayah tahu Mak dah siapkan duit untuk Majlis perkahwinan Nilam dalam bentuk simpanan financial guard yang mana semasa Nilam berusia 24 tahun, kita dah boleh guna duit tu!!!!
Tak banyak tetapi lebih daripada cukup untuk adakan satu majlis meriah di Hotel Royal Bintang Seremban.

No comments:

Post a Comment