Saturday, 22 June 2013

MALAM BULAN INDAH BERSERI

Nilam,

Malam ni kita hantar abang pergi buat dressing di Klinik Penawar Ampangan.  Alhamdulillah , layanan yang kita terima sangat baik.  Cuma berlaku satu peristiwa yang mengejutkan!

Seorang anak muda dihantar ke situ dalam keadaan berdarah2.  Mak puji tindakan pantas staf klinik yang memberi bantuan kecemasan.  Begitu juga Doktor yang bertugas malam ni.  Mereka susah payah menghubungi ambulans untuk membawa anak muda itu ke hospital. 

Sesungguhnya malam ini, mak menjadi saksi betapa kemanusiaan tertonggak di mahkota kebenaran dan Seniman Negara Usman Awang pasti tersenyum!  Beliau pejuang kemanusiaan.  Beliau idola Mak!  Mak juga cintakan kemanusiaan!  Harap anak2 Mak juga begitu... selamanya! 

(Apabila hati ada cinta maka jiwa ada rasa dan kita damai dalam indah buana)

Dari Klinik Penawar, kita ke Medan Selera Stadium Paroi.  Ada perlawanan bola sepak antara team Negeri Sembilan dengan PKNS.  Kita bukan peminat bola sepak.  Kita datang nak makan ...

Namun begitu, Mak terkejut melihat agak ramai FRU ... Hmm ... Tak boleh lama2 ni ...  Kita makan cepat2 dan berlalu!


Gambar ehsan Google
Semasa naik tangga nak balik, Mak berlari2 ... Eh baru Mak perasan ,  Mak boleh lari2 naik tangga sejak minum Gamolex .  Sakit  lutut dah tak ada lagi... seronoknya.

(  Ini bukan iklan.  Mak sekadar berkongsi pengalaman )

Ariff, Nilam dan Rezza,

Malam ini bulan penuh.  Di bawah sinaran bulan , Mak bahagia dikelilingi anak2. 
 
 Wahai Bulan indah berseri,
adakah kau mengerti ...
aku dambakan kebahagiaan ini....
untuk 1000 tahun lagi#








No comments:

Post a Comment