Monday, 24 June 2013

KALAU BULAN BISA NGOMONG, BULAN TAKKAN MAMPU BERBOHONG


Nilam,
 
 
Mak penat sangat!  Semalam, Mak mengadu dengan Cik Ida!  (  Teruk sangat la life aku

skrg .
 
Bla...bla...bla..... pot pet pot pet ....mcm2 keluar dari mulut Mak dan Mak suka komen Cik
 
 Ida  :  BIARLAH!  SIAPA SUSAHKAN HIDUP KITA, NANTI HIDUP DIA SUSAH JUGA ).
 
 
 
 
24 JUN 2013
ISNIN

6.30 pagi

Mak hantar Nilam ke sekolah.  Kemudian Mak menuju ke SMK Seremban 3.


3.00 petang

Dari SMK Seremban 3, Mak menuju ke rumah.  Ambil Abang Ariff dan terus ke Jelebu untuk

 mengambil Adik Rezza.


4.30 petang

Dalam perjalanan ke Jelebu, Mak sangat mengantuk.  sesekali mata hampir terlelap.  Mak

 tak ada pilihan.  Mak berhenti berhampiran Kg Gedang untuk tidur seketika.  Nak Mak

paksa diri terus memandu, Mak risau ditimpa kemalangan ... apa2 jadi pada Mak, siapalah

nak jaga anak2 Mak yang 3 orang ni ...


5.07 petang

Mak sampai di Jelebu.  Mak dan Abang singgah di gerai betul2 di hadapan SK Undang

Jelebu.  Abang Ariff lapar nak makan nasi goreng ikan bilis tapi tak ada rezeki.



( Mak terserempak dengan Kak Awa  :  Kak Awa ni mantan AJK PIBG SMKUJ.  Beliau juga

pemilik kedai jahit.  berbual2 seketika.... Eh dia tak tau Mak dah ditukarkan ke Seremban

3 ... Macam tak percaya pulak dia tak tau... Mak rasa dia tahu ... )


( Tak lama selepas terserempak dengan Kak Awa, di tempat yang sama, Mak terserempak

dengan Puan Rozidah Muros.  Beliau adalah Ketua Bidang Sains dan Matematik di

SMKUJ.  Senyumannya masih semanis dulu ... )


5.15 petang

Mak ke Gerai makan berhampiran MRSM Kuala Klawang.  Abang order mi dan nasi goreng

sardin.  Minuman  :  seperti biasa  :  milo ais!!!  Mak makan nasi goreng kg pedas, minum

nescafe ais!!!


(  Abang minta Mak tulis juga  :  Ada juga bungkus makanan buat makan malam  :  Ketika

Mak menulis blog di bilik abang, abang selalu juga duduk dekat Mak  )



( Mak Nampak beberapa orang pelajar 2 Cemerlang ... sayu hati Mak tengok budak2 tu ...

Mak bukan  Guru Matematik dia orang lagi )


5.40 petang

Mak tiba di rumah Mak Ema.  Ambil Rezza.


6.00 petang


Dari rumah Mak Ema, Mak bertolak ke sekolah Nilam untuk mengambil Nilam.


Hampir 7.00 petang

Sampai di sekolah Nilam.   Nilam bad mood kerana lama sangat menunggu.  Nak sejukkan

hati Nilam, bawa anakk2 beli coconut shake.

(  Sempat juga berbual dengan Atuk di telefon )


7.30 petang

Singgah 7 Eleven.  Abang Ariff beli ubat sakit tekak.


7.40 petang

Sampai di rumah.  (  Macam2 lagi nak buat  )

 
 
Betul kan Nilam ..... life Mak sekarang sangat memenatkan ?
 
 
 
APAM TEPUNG BERAS
( Adik Rezza boleh makan kuih ni kerana ia diperbuat daripada tepung beras  )
 
Gambar ini sekadar selingan
 
dan
 
rujukan
 
 
 
Nilam,
 
Betul ke  -  Siapa susahkan hidup kita nanti hidup dia susah juga ?  (  mak tanya soalan ni pada Nilam ... dalam usia Nilam 11 tahun ... dan ketika Mak tanya soalan ini, Nilam sedang buat homework Matematik )
 
Jawapan Nilam  :  Ye lah.  Betullah.  Siapa susahkan hidup kita, Allah bagilah balasan.  Allah susahkanlah hidup dia !
 
... Dan angin malam yang dingin berbisik sambil berlalu   : 
 
 
SIAPA PERMUDAHKAN HIDUP ORANG LAIN,
 
ALLAH
 
PERMUDAHKAN HIDUPNYA...
 
 
Sebagai bukti  : 
 
(  Cerita di bawah menyokong kenyataan di atas .
 
Ini adalah bukti empirikall! )
 
 
 
Baru tadi Mak berbual dengan seseorang tentang seorang insan ...
 
 
 
2/3 tahun yang lalu , kita pernah terserempak dengan insan ini  di  Medan Selera depan
 
Giant Ampangan ... begitu humble dia menegur Mak dan berkirim salam pada ayah ... dia
 
masih kelihatan  muda, tegap dan sihat ... )
 
 
 
 
 
 
Insan ini adalah mantan pengetua Mak
 
Suatu masa nan penuh memori
 
Di suatu tempat yang pernah kita lewati
 
Dalam perjalanan hidup ini
 
 
 
Tahun 2000, Abang disahkan sebagai pengidap autisma.  Mak amat berdukacita ...  Mak
 
berjumpa insan ini, memohon cuti  selama sebulan dan dengan sokongan
 
insan ini,permohonan Mak untuk bercuti separuh gaji diluluskan. 
 
 
 
Kemudian, Mak memohon bertukar ke Melaka untuk rawatan dan terapi abang.  Sekali
 
lagi, insan ini menyokong kuat permohonan Mak dan Mak Berjaya bertukar ke Melaka
 
dengan
 
begitu cepat.
 
 
 
Setahun kemudian,  Mak kembali ke SMK Gemas.  Insan ini terima Mak semula.  Masih
 
menawarkan Mak untuk memegang jawatan sebagai bendahari PIBG. 
 
Percaya sungguh insan ini
 
 pada kredibiliti dan integrity Mak.
 
 
Pada suatu hari raya,  insan ini sudi bertamu ke rumah kita bersama keluarganya. 
 
 
 
 
 


 
 
Ketika Abang Ariff mahu melangkah ke alam persekolahan  ( Pendidikan Khas ), Sekali
 
lagi , dengan sokongan kuat insan ini, Mak dapat cuti separuh gaji, hampir 5 bulan.
 
 
 
Abang ada masalah kesihatan.  Mak banyak bercuti.  Insan ini amat memahami.  Tidak
 
pernah sekalipun, beliau mempertikaikan cuti Mak. 
 
Apatah lagi mempertikaikan kredibiliti Mak.
 
(  Mak dapati dia seorang yang arif tentang perintah am bab C  )
 
 
 
 
Dan lagi, kalau orang nak tahu kualiti kerja Mak, referlah pada insan ini kerana beliau
 
adalah seorang pengetua yang arif cara dan gaya serta kualiti kerja staf bawahannya!
 
 
Mak tumpang  gembira insan ini dinilai untuk
 
jawatan utama sektor awam
 
dalam usia yang belum pun 53 tahun
 
rasanya. 
 
Mak doakan insan ini Berjaya. 
 
JUSA ITU MEMANG MILIKNYA
 
  kecemerlangan perkhidmatan berbaur kegemilangan kemanusiaan :
 
 
kalau bulan bisa ngomong
 
bulan takkan mampu berbohong
 
 
 
Ariff, Nilam dan Rezza,

Insan berhati mulia ini bernama Tuan Haji Md Fiah bin Md Jamin!







No comments:

Post a Comment