Nilam,
Dah 16 tahun Mak jaga Abang Ariff. Dari tahap "severe autism" hingga tahap "mild
autism".... dan Mak akan terus bersama Abang Ariff. Sekali pun mati,biarlah bersama. Mak
tahu, tiada siapa yang mampu bersabar dengan Abang Ariff kecuali Mak.
Mak selalu cakap, antara Mak dan Abang Ariff ada hubungan telepati yang sangat kuat ...
percayalah Nilam, ada dua perkara yang Mak rahsiakan selama ni :
1) Abang Ariff sentiasa tahu apa yang Mak cakap dalam hati.
2) Mak sentiasa tahu macamana nak access Abang Ariff dalam apa jua situasi.
Dua perkara ini adalah anugerah Tuhan. Mak tak ada ulasan dan huraian. Tak ada apa
yang dapat Mak terangkan. Hanya Mak dan Abang Ariff yang faham perkara ini...
Sesungguhnya , jika Papa ada niat nak merampas Abang Ariff dari Mak, lupakanlah hasrat
itu.
Merampas Abang dari Mak, hanya akan menganiayai dan menzalimi Abang. Selamat ke
abang di tangan orang lain ?
Dalam menangani isu berkaitan Abang Ariff, Mak tak dapat berkompromi. Patah sayap
bertongkat paruh, Abang akan tetap bersama Mak. begitu juga Nilam dan Adik Rezza. Kita
terlalu bahagia bersama. kita akan terus bersama.
Nilam,
Mak nak kongsi satu peristiwa :
Mak masih ingat lagi pada tarikh 1 Ogos 2013, di bangku depan pintu Mahkamah Rendah
Syariah Jelebu, Papa menitiskan air mata. Papa cakap dengan Mak : SAYA CUMA NAK
BAHAGIA, SAYA CUMA NAK BAHAGIA!!! (KITA TAK BOLEH LAGI HIDUP BERSAMA)
Setitik pun air mata Mak tak mengalir. Mak tak sedih. Masa itu, Mak redha dan Mak pun
harap Papa bahagia. Pergilah kalau itu yang dia mahu.
Dan ... hari ini, Mak menjangkakan papa dah sangat bahagia. Dia dah bersama seorang
wanita yang amat dicintai.
Papa telah selamat membina sebuah keluarga baru. Di sini, Mak masih sendiri. Mak
hanyalah seorang perempuan tua yang ditinggalkan suami. Tanpa rupa dan tanpa harta.
Apa yang Mak ada ?
MAK CUMA ADA ANAK-ANAK.
JUSTERU ITU, EN. N :
JANGAN PISAHKAN AKU DAN DIA
TUHAN TOLONGLAH KUCINTA DIA
BIARKAN KAMI TETAP BERSAMA
DI DALAM SUKA DAN DUKA
CATATAN :
Semalam Mak bergaduh dengan Abang. Dia ajak Mak pergi makan spaghetti. Mak kata nanti dulu. Dia pula tak sabar2. Dalam kereta, on the way ke Medan Selera Penghulu Cantik, Abang Ariff nyanyikan satu lagu untuk Mak sebagai tanda mohon kemaafan ... entah apa tajuk lagu Mak tak tau ... tapi chorus dia .... OOOOO Mama I LOVE U ... Kelakar Abang Ariff ... Macam cerita Hindustan ... Itulah antara kenangan manis mak dan Abang ...
No comments:
Post a Comment