Saturday, 9 November 2013

PANDAN ITU WANGI






Nilam,


Pandan berbau Wangi tapi mengenang kembali detik-detik awal kita melangkah ke Taman

Seri Pandan, ianya tidak sewangi mana.  Keadaan sangat sukar.  Segala-galanya Mak

uruskan bersendirian.


Plaster ceiling yang rosak perlu dibaikpulih.
 
Wiring rumah kita ada masalah.
 
Paip air ada masalah.
 
Pintu ada masalah.
 
Tangki air ada masalah.
 
Mentol lampu tak nak menyala.
 
Ringkasnya, keadaan rumah kita sangat bermasalah.

Pernah pada suatu hari, Mak nak bancuh susu adik pun tak dapat.  Abg terpatahkan batang paip kat singki dapur. Bukan salah abg tapi paip tu memang tak ada kualiti  , azab sungguh rasanya!!!
 
 

Satu persatu masalah itu dapat diselesaikan.



TERIMA KASIH KEPADA JIRAN-JIRAN KITA YANG SUDI DATANG MEMBANTU. 

BESAR SUNGGUH JASA MEREKA PADA KITA.  SAAT MAK BERSENDIRIAN,

MELALUI SEGALA KESUKARAN, JIRAN-JIRANLAH YANG DATANG MEMBANTU. 

TERIMA KASIH PENDUDUK TAMAN SERI PANDAN.  TERIMA KASIH KERANA

MEMAHAMI KESUKARAN SAYA UNTU MEMULAKAN HIDUP BARU DENGAN STATUS

BARU.  TERIMA KASIH.  BAIK SUNGGUH HATI KALIAN. 


SENANG HIDUP SAYA!!!


### Kewangan begitu terhad kerana segala tuntutan nafkah masih belum dapat dibuat pada masa itu.


Seterusnya,

Mak uruskan ASTRO, COWAY, TELEFON, STREAMYX ...

LORI ...

Segala-galanya ...



Dan hari ini, Mak lega.  Semuanya telah sempurna.  Abg, Nilam dan adik sgt selesa!!!

Terima kasih pada Atuk sebab  :

hadiahkan kita mesin basuh dan peti ais baru.

... juga tolong kita cuci rumah.


Terima kasih pada Mak Usu  :

tolong cuci rumah.


Terima kasih Mr X atas segala bantuan yang telah dihulurkan baik dari segi masa, tenaga

mahupun wang ringgit ... cuma MAAFKAN SY...
 
 
IT'S HARD TO SAY GOODBYE

BUT
 
GOODBYE MR X!!!
 

Mr X, Saya pergi bukan kerana hidup saya dah selesa tetapi kerana kita tahu kita tak

mungkin bersama.  Diri ini hanyalah seorang insan serba kekurangan ...


Nilam,


MAK TAK JADI NAK KAHWIN LAGI... BIARLAH MAK BESARKAN ANAK-ANAK ....




No comments:

Post a Comment