Tuesday, 12 November 2013

IDDAH, MUTAAH DAN NAFKAH ANAK



Nilam,


Puluhan tahun dulu, Atuk pernah cakap dengan Mak :  

Ketika Queen Elizabeth ditabalkan menjadi Queen of England, Baginda Ratu telah 

mengungkapkan kata-kata - LET SIMPLICITY BE THE VIRTUE OF MY LIFE !




KATA KUNCINYA  :  HIDUP SEDERHANA!


Itulah cara dan gaya hidup Atuk yang diwariskan kepada Mak.


Sesungguhnya Mak seorang yang sederhana.  43 tahun hidup, Mak tak pernah beli barang 

mewah atau barang berjenama mahal.  Mak tak beli pakaian sutera.  Mak tak beli barangan 

kulit.  


Pakaian Mak hanyalah kain ela dalam lingkungan RM20 -RM60 sepasang.  Tudung mahupun 

selendang yang Mak pakai tak pernah melepasi harga RM20.   Kebanyakannya cuma RM10 

sahaja.   Kasut mak tidak melepasi angka RM100....begitu juga tas tangan ...  namun Mak 

sangat bahagia.  



Mak juga tak pernah membeli emas permata.



PEREMPUAN SEDERHANA MACAM MAK, HIDUP SEDERHANA DENGAN 
REALITI DAN FANTASI YANG SEDERHANA




Suami pertama Mak  berjawatan agak baik di sebuah bank yang tersohor di Malaysia.

Mak rela jika suami terakhir mak hanya seorang pengawal keselamatan mana-mana bank di 

Malaysia.


Insan seperti Mak, tidak hidup bertonggakkan harta.



Namun Nilam,


Lewat perpisahan Mak dan papa, Mak  terpaksa membuat tuntutan yang agak besar.  

(Tuntutan nafkah iddah, mutaah dan nafkah anak)



Untuk siapa ?

Semuanya untuk anak-anak.  

( Kalau untuk Mak, satu sen pun Mak takkan minta )


Nota untuk En. N  :

1.Semoga perbincangan kita berjalan lancar dan satu keputusan yang adil lagi saksama dapat
    dicapai. 

2.Lapangkanlah hati untuk melakukan yang terbaik demi kebajikan dan kesejahteraan anak-
    anak kita!




 







No comments:

Post a Comment