CATATAN
KHAMIS
14 NOVEMBER 2013
( HARI INI MAK CUTI TANPA REKOD UNTUK KE MAHKAMAH )
7.00 PAGI : MAK HANTAR NILAM KE SEKOLAH.
7.30 PAGI : DARI SEKOLAH NILAM, MAK BERTOLAK KE JELEBU. ADIK REZZA, MAK
BAWA BERSAMA.
8.30 PAGI : MAK TIBA DI RUMAH MAK CIK SALINA. MAK TINGGALKAN ADIK REZZA
BAWAH JAGAAN MAK EMMA DI SANA.
8.45 PAGI : MAK BERTOLAK KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH JELEBU.
( Bertahun-tahun tinggal di Jelebu, bertahun-tahun bekerja di SMK Undang Jelebu, Mak
tak pernah menduga Mak akan datang ke mahkamah ini )
9.00 pagi : MAK MELANGKAH MASUK KE PEJABAT MAHKAMAH UNTUK
MENYERAHKAN KAD PENGENALAN. ITU ADALAH PROSEDUR
MAHKAMAH.
Sempat Mak bertanya kepada staff pejabat mahkamah : BEKAS SUAMI SAYA DAH SAMPAI ?
Jawapan yang Mak terima : BELUM LAGI, PUAN.
Mak keluar dari pejabat dan menuju ke tandas.
Mak nampak papa di bangku berhampiran tandas, bersama seorang wanita jelita dan bergaya.
Rupa-rupanya papa baru saja sampai, ditemani isteri barunya. Alhamdulillah, mereka kelihatan sangat bahagia. Bagaikan pinang dibelah dua. Mak tumpang bahagia.
Perjalanan ke tandas Mak teruskan ...
( Perjalanan hidup ini jua Mak teruskan ... )
9'30 PAGI : MAK DAN PAPA DIPANGGIL MASUK KE BILIK SULH.
MAK SELAKU PLANITIF
PAPA SEBAGAI DEFENDAN
PEGAWAI SULH ADALAH PENGANTARA
BAGAIMANAKAH PERJALANAN PERUNDINGAN KAMI ?
Nilam,
Suasana sangat tegang.
Nilam,
Mak sangat stress.
Nilam,
Kalau Mak banyak duit, Mak tak ingin lalui semua ni.
Mak harap Nilam tak akan melalui hal sebegini dalam kehidupan Nilam.
NAFKAH ANAK DAN NAFKAH IDDAH DAPAT PERSETUJUAN BERSAMA DALAM MAJLIS
SULH TAPI MUTAAH DISELESAIKAN DI HADAPAN HAKIM.
2.00 PETANG : MAHKAMAH RENDAH SYARIAH JELEBU MAK TINGGALKAN. MAK
AKAN DATANG SEMUALA TJUH HARI LAGI UNTUK MENGAMBIL
DOKUMEN PERINTAH MAHKAMAH.
Mak sangat lapar. Dari pagi Mak tak makan. Mak menuju ke medan selera berhampiran MRSM Kuala Klawang.
Selesai makan, Mak ke MAYBANK KUALA KLAWANG.
Kemudian Mak ke rumah Mak Cik Salina ambil Adik Rezza.
4.00 PETANG : MAMA MENUJU SEREMBAN. BUMI JELEBU MAK TINGGALKAN.
5.00 PETANG : MAK AMBIL NILAM DI SEKOLAH.
5.10 PETANG : MAK KE PEJABAT POS SEREMBAN UTARA UNTUK MENGAMBIL
KIRIMAN POS LAJU.
5.30 PETANG : MAK TIBA DI RUMAH.
LETIH SANGAT.
LETIH FIZIKAL DAN MENTAL.
LETIH HATI DAN PERASAAN .
No comments:
Post a Comment