Thursday, 20 June 2013

TERIMA KASIH CIK MALINI

Nilam,

Semalam, Mak terlalu penat.  Mak tak daya nak update blog ni.  Namun semalam adalah hari yang sungguh mencabar sebenarnya.

Semalam sangat memenatkan.  Jadual hidup Mak penuh dari 6 pagi hingga 8.30 malam.  Dalam kepenatan itulah mak tercicir beg duit Mak yang berwarna hijau pucuk pisang di Petronas Jalan Haji Mohd Said, Seremban.

Ye lah, masa tu pukul 6 petang.  Lepas ambil Nilam dari sekolah, Mak isi minyak kereta.  Beg duit tu Mak letakkan atas bumbung sebab penutup tangki minyak tiba2 macam nak jatuh.

Mak letak beg duit sebab nak selamatkan penutup tu daripada terjatuh.  Lepas tu Mak lupa.  Memang Mak tak ingat langsung.  Lepas isi minyak , Mak hantar Nilam balik rumah ...

Lepas hantar Nilam, Mak dapat panggilan telefon daripada seorang perempuan yang tidak dikenali ....  Dia minta Mak datang ke STESEN MINYAK PETRONAS JALAN HAJI MOHD SAID SEREMBAN!!!

Mak pergi ke sana. Mak disambut oleh seorang perempuan muda bernama Cik Malini.  Dia ketua pekerja di stesen berkenaan.  Dia yang terjumpa beg duit Mak.  Dia serahkan beg duit Mak.  Luar biasa Nilam ... Kenapa Mak kata luar biasa ?  

SEBAB DIA SANGAT JUJUR NILAM

ADA DUIT LBH RM2000 DALAM BEG TU TAPI SERINGGIT PUN TAK HILANG

YA ALLAH

MAK BERSYUKUR SANGAT

DAN MAK KAGUM DENGAN KEJUJURAN CIK MALINI

ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK DIA PADA MAK.

Ariff, Nilam dan Rezza,

Jujurlah dalam hidup ,  selamanya!

No comments:

Post a Comment