Tuesday, 18 June 2013

HARI TERAKHIR DI BUMI SMKUJ

Nilam,


Nak tau tak apa Mak buat pada hari terakhir Mak di SMKUJ ?

Sekitar 8-9 pagi

Mak uruskan kertas peperiksaan PSK 4 Dinamik.  Semak kertas pelajar yang ambil lewat kerana urusan kadet koreksional.  Tulis markah dalam senarai nama.  Tampal dalam buku rekod.  Serah satu salinan kepada SUPEP ... Oh ye Mak serah juga kertas PSK 4KE.

9-11 pagi   

Uruskan kertas Matematik .  Sempat juga serah markah kepada SUPEP untuk di key in sebab SAPS tak boleh masuk sampai 30 JUN 2013.

11-11.15 pagi 

Berbual dengan Mak Syifa (  Pn Sayani Ramli ) tentang pemergian ibu beliau pada hari Jumaat lepas.  Mak dapat rasakan kesedihannya ....

11.15 - 12.15  tengahari

Mak kumpul fail yang perlu diserahkan kepada GPK 1.  Pada masa ni juga ada Chinese young man datang pujuk ambil kad RHB Islamic.  Saya tak nak tapi sebab dia kata dia tak dapat business lagi ... apply card atas dasar simpati ... dapat beg merah free tapi tertinggal pulak.

12.15 - 1.15

Mengisi borang serah tugas.  Bawa borang yang siap diisi jumpa CC untuk disemak.  Keluar dari bilik CC, pelajar tahan tengah jalan nak bayar duit buku PBS.



1.15- 1.30
Berjumpa pelajar 1 Cemerlang just to say goodbye!!

1.30 - 2.00
 Kemas meja sikit2 dan asingkan barang yang nak dibawa ke SMK Seremban 3.  sEMPAT JUGA SERAH BAYARAN BUKU pbs KEPADA pN lIEW.  dAH SETTLE DAH...

2.00 - 4.30  petang
 Jumpa GPK 1 untuk penyerahan tugas dan perbincangan terakhir di bumi SMKUJ.

4.45 petang  :  Letak semua dokumen dan fail yang ada dalam simpanan atas meja GPK I.  Sempurna penyerahan tugas.

4.45:  Angkut barang masuk kereta.

5.00 petang  :  Sempat bercakap sepatah dua dengan kawan2 termasuk Pengetua. 

5.15 petang  :  Beredar meninggalkan kawasan sekolah.  SAYONARA!!!!

No comments:

Post a Comment