Thursday, 20 June 2013

TO ALFI KASRAN WITH LOVE

Ariff, Nilam dan Rezza,

Petang tadi Atuk telefon tanya Mak ada masa tak nak jengah Mak Usu di MSU ... dan seterusnya bawa dia beli buku di KL ...

Mak nak sangat ke sana tapi keadaan kita masa ini tidak mengizinkan.  Kaki abang masih memerlukan dressing setiap hari dan Mak pula sungguh2 tidak berdaya ...

Mak harap Mak Usu faham keadaan kita.

Catatan untuk Usu  :  Kak Ani sedang melalui satu situasi/ @ lebih sesuai Kak Ani sebut revolusi ... perubahan mendadak dalam hidup!  Setiap hari, Kak Ani berkejar ke sana sini ...

1. ke Senawang hantar Nilam pergi dan balik sekolah  ( 10 km )
2. ke Seremban 3 cari rezeki ( 20 km pergi balik )
3. Ke Jelebu ambil Rezza ( 70 km pergi balik )

TOTAL  :  100 KM SEHARI.

Keadaan ini sangat memenatkan bagi seorang perempuan 40an seperti Kak Ani ... Banyak manalah sangat tenaga yang ada berbanding tuntutan tanggungjawab yang perlu digalas ?

Kak Ani dah minta Kak Ita beli buku Usu. Nanti dia hantar kat Usu.  Insya Allah, lapang2 nanti Kak Ani sampai ke sana.  Good Luck Usu!  Semoga berjaya menjadi seorang peguam berjaya!!! ( Mintalah kereta abah satu bawa pergi kuliah ) ...


No comments:

Post a Comment