Nilam,
Dah lama mak tak update blog. Kenapa ye ? Kita berkampung lagi di hospital. Kali ni lebih mencabar ... Abang Ariff dan Adik Rezza sama2 masuk wad. Mak penat sampai rasa nak pengsan ... nasib baik ada Nilam!
9 hari mak di sana ... full time. Pagi ,petang, siang dan malam. Tuhan saja yang tahu bagaimana semua tu menguji ketahanan mental , fizikal dan emosi mak.
Namun syukur Alhamdulillah, akhirnya adik dan abang mula sihat dan kita kembali ke rumah. Tapi mak masih ada tugas bawa abang ke hospital hari2. No problem. Mak buat yang terbaik untuk abang.
2 PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN MAK :
1. Kaki abang dah baik.
2. Kita dah tahu masalah alahan adik. Adik tak boleh makan 4 jenis makanan iaitu susu lembu,
telur, daging dan gandum. Tidak boleh sama sekali!
Harapan mak , selepas ni adik sihat dan membesar dengan baik.
Nilam,
Terima kasih kerana banyak bantu mak semasa adik dan abang sakit.
Banyak lagi mak nak tulis tapi mak terlalu letih. Nantilah dulu. Lapang2 nanti mak akan berlama2 di sini, mencatat cerita2 kita ...
No comments:
Post a Comment