Saturday, 15 June 2013

SMK Seremban 3

SMK SEREMBAN 3



Ariff, Nilam dan Rezza,

Dah 2 kali kita datang sini.  Adakah mak akan meneruskan kerjaya mak di  sekolah yang macam resort apartment ni ?  Entahlah!  Mak belum buat keputusan lagi.

Esok, awal pagi, mak akan datang sini lagi. Mak akan diri depan gate dan kalau hati mak rasa sejuk dan nyaman, cuaca pun baik, burung berkicau riang lantas tiba-tiba cinta datang menerpa ... confirm pagi isnin nanti, mak akan lapor diri.
 (  Selamat bertemu Tn Haji Jamaluddin bin Ahmad  :  saya mungkin bukan GC tapi saya datang dengan kasih sayang sejati ... putih pasir di pantai,, seputih itu jua hati saya ... indah pelangi di langit tinggi, seindah itu jua perasaan ini ... )

YA ALLAH, ANDAI TEMPAT INI MENJADI PERSINGGAHANKU, TEMUKANLAH AKU DENGAN INSAN2 YANG MENGASIHI DAN MENGASIHANIKU ... JAUHKANLAH AKU DARI INSAN-INSAN YANG TIADA KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN ... BUKAKANLAH HATI ANAK2 SEKOLAH INI MENERIMAKU BAGAIKAN IBU RATU HATI ... PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU ... DAN BERILAH ILHAM PADAKU UNTUK BERBAKTI PENUH KREATIVITI ... LANCARKANLAH LIDAHKU MENYAMPAIKAN ILMU TERANG DAN JELAS AGAR MUDAH DIFAHAMI DAN DIHAYATI ... YA ALLAH, KEPADAMU JUA AKU BERSERAH LANTARAN KUSEDARI BETAPA LEMAH DIRI INI SAAT DIUJI DAN TERUJI ... AMIN!

No comments:

Post a Comment