Ariff, Nilam dan Rezza,
Pagi tadi mak terima panggilan telefon dari sekolah mak mengajar. GPK 1 maklumkan mak diarahkan bertukar ke SMK Seremban 3. Mak perlu datang lapor diri pada hari Isnin depan...dan mak juga dimaklumkan tentang Mesyuarat yang perlu dihadiri di sana pada petang ni ...
Terkejut ? Tidak sama sekali kerana sebelum berita itu sampai pada mak, hati mak dah lama merasakannya. Mak memang boleh rasa ... Sebelum cuti sekolah lagi, hati mak kuat merasakan bahawa mak sedang melalui saat2 akhir mak di bumi Jelebu ... satu perasaan yang sangat kuat dan tak mungkin silap. Macamana mak boleh tahu ? ( Nilam, dari pergerakan dan tingkah laku manusia di sekeliling mak , mak tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran mereka ) ... Inilah kelebihan mak yang orang tak tahu.
Nilam,
Dah lama mak nak pergi dari daerah itu. Mak tak mampu bertahan. Jiwa mak menderita tapi demi adik yang selalu sakit, mak terpaksa terus di sana. Mak rancang mak akan keluar dari Jelebu masa adik berusia 4 tahun tapi takdir Allah mendahului perancangan mak dan mak akur kerana mak tahu Dia sentiasa mengaturkan yang terbaik untuk untuk kita ... Ini yang terbaik untuk mak, untuk adik, untuk Nilam, untuk abang dan untuk ayah. Pasti ada hikmah di sebalik semua ni ...
Petang tadi, lepas bawa abang ke hospital, kita ke SMK Seremban 3. Cantik. Baru. Design moden lagi terkini. Kita masuk dalam kawasan sekolah hingga ke kantin ... semuanya Nampak sgt baru ... Semoga kerjaya mak berjalan lancar di sini ... semoga mak ditemukan dengan pelajar2 yang punya hati budi. Semoga mak ditemukan dengan rakan sejawat yang indah didampingi. Semoga mak ditemukan dengan Pengetua yang professional lagi memahami ... Semoga segalanya baik2 belaka ... Semoga maka akan terus menjadi cikgu yang menjunjung kemanusiaan dan mengajar tenang2 dan perlahan2 ... Ye ... itulah mak ... di depan kelas, mak suka mengajar slow demgan harapan pelajar faham sefaham2nya ...
Ariff,
Mana kita nak letak adik ? Mak doa banyak2 Tuhan temukan kita dengan orang yang sayang adik dan sudi jaga adik ... Kita sama2 doa ...
Banyak lagi mak nak luahkan tapi mak terlalu penat ... nantilah ...
Rezza,
Sihat ye sayang ... mak tak tau nak cakap apa tapi mak nak cakap juga mak ni akan jaga Rezza sebaik2nya ... Mohon Allah murahkan rezeki mak ... Ada rezeki yg cukup, mak nak cuti tanpa gaji untuk jaga Rezza sampai Rezza betul2 sihat ...
Moga Allah murahkan rezeki kita, mak dapat cuti. Dapat jaga Rezza sampai sihat betul ... Dapat jaga abang juga ...
Hadirlah wahai rezeki ... Ya Allah, murahkan rezeki kami ... sehari dua ni agar dapat mak isi borang cuti tanpa gaji ... Sungguh mak mengharap datang sejumlah wang yang cukup untuk kita survive sampai hujung 2014 ... Ada rezeki kita, mak jaga Rezza dengan tangan mak sendiri ... kita doa sayang! Mungkinkah ...
Mungkin Rezza tertanya2 mengapa mak fikir fasal duit ... mak ada komitmen nak bayar rumah, kereta, insurans pendidikan anak2 , pelaburan dan simpanan abang ... sebab tu mak kena kerja! DAN MAK JUGA TAK MUNGKIN MENINGGALKAN DUNIA PENDIDIKAN KERANA MAK SUKA JADI CIKGU!
No comments:
Post a Comment