Friday, 21 June 2013

TUHAN, KAU TAHU HATIKU

Nilam,

Esok hari Sabtu.  Cuti.  Seronoknya.  Mak dah tak larat sangat ... Esok dan lusa dapatlah Mak berehat.  Boleh juga cover tidur yang tak cukup.  Boleh juga spend lebih banyak masa dengan Rezza.  Beberapa hari ni, kesian dia ... lama di rumah Mak Ema ... petang atau malam, baru dapat balik rumah!!!

Rezza,

Harap Rezza tak marah Mak lambat ambil Rezza.  Mak tak ada pilihan.  Sekolah Mak jauh juga dari rumah ... bukan dekat ... dengan jalan jam ... dengan traffic light lagi ... hari ni Mak sangat mengantuk sampai terpaksa berhenti di Ulu Klawang dan tidur lebih kurang 15 minit... Mak tak boleh drive... mengantuk sangat2 ...

Kalau nak fikir mudah, letak saja Rezza di Seremban.  Nursery banyak, baby sitter kat rumah pun banyak.  Tapi risikonya terlalu besar sebab Rezza ada masalah kesihatan.  Mak tak boleh letak Rezza sebarang tempat ... kalau Rezza sihat, boleh buat macam tu ... tapi dengan keadaan Rezza yang keluar masuk hospital, Mak tak nak ambil mudah.  nanti jadi apa2, Mak juga yang menyesal.  

Mak menyesal ? Ye Mak yang akan menyesal kalau jadi apa2 pada Rezza.  Orang lain ?  Orang lain peduli apa sebab Rezza bukan anak dia.  Dia orang boleh suggest apa sahaja.  Ikut sedap mulut dia orang jer.  

Percayalah Rezza, Mak ni dikurniakan anak2 yang mana cabaran membesarkannya agak hebat.  Orang lain tak semua melalui pengalaman ini.  So far pun kalau tengok anak adik-beradik Mak, tak ada macam anak Mak.

Bayangkan, anak pertama Mak autistik.  Anak ketiga Mak pramatang.  Adik beradik Mak tak lalui semua ni ... Justeru itu, kalau ada insan2 yang cuba memperlekehkan cabaran hidup Mak, Mak marah.  (Mereka tak diduga macam Mak, Mereka cakap senanglah ... asyik nak tunjuk bagus dengan Mak macam  hebat sangat kendalikan @ urus kehidupan  ...) ... Begitulah ... entahnya kalau mereka diuji dengan apa yang Mak lalui, mereka lagi kalut daripada Mak kan ... 

KADANG TU TERDETIK JUGA DALAM HATI MAK 
( DIHASUT IBLIS AGAKNYA) , BIARLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMPERLEKEHKAN MAK TU DIBERI SEBERAT2 UJIAN ... DAN PADA MASA TU MAK NAK TENGOK KEHEBATAN DAN KREDIBILITI MEREKA DALAM MENANGANI ITU SEMUA SECARA POSITIF LAGI SISTEMATIK SERTA BERKARISMA ... 

Rezza,

Mak nak Rezza tahu, Mak bukan calang2 Mak.  Mak sanggup buat apa sahaja untuk anak2.  Macam sekarang ni, biarlah Mak yang susah.  Abang, Nilam dan Rezza lalui kehidupan macam biasa.  Mak tak nak anak2 melalui apa2 perubahan.  Nilam tetap di xxx.  Rezza di Jelebu.  Biar life Mak sahaja yang berubah ... peubahan drastik macam ni tak elok untuk anak2 Mak ... dan tak elok juga untuk Mak tapi Mak tak apa2 ... Mak bahagia jika anak2 Mak selesa ... TAPI MUNGKIN ADA INSAN LAIN YANG SANGAT BAHAGIA.

BERBAHAGIALAH ATAS KESENGSARAAN SAYA ...




Sama juga dalam kes Abang Ariff,

Calang2 orang orang tak akan buat apa yang Mak buat.  Dari zero, umur 8 tahun tahun Abang Ariff tak tahu bercakap, Mak usaha pelbagai cara sehingga Abang bukan sahaja tahu bercakap tapi fasih berbahasa Inggeris, boleh menulis dan membaca... hebat menggunakan komputer ... Dan .... abang juga seorang penulis sebenarnya... Mak dan ayah pernah jumpa manuskrip novel abang yang disorokkan dalam folder komputer...

Itulah Mak Rezza ... Dan Insya Allah suatu hari nanti Mak akan tulis buku tentang Abang!

Ada satu lagi kes Abang Ariff  tapi nantilah Mak cerita ... Cuma Mak nak Rezza tahu, Mak sanggup buat apa sahaja untuk Abang, Kak Nilam dan Rezza waima terpaksa ke pejabat reporter, ke balai polis mahu pun ke Putrajaya ... biarpun terserlah seribu DUSTA ...

Pengkhianat2 tu akan terima balasan ALLAH suatu hari nanti  ( bukan dendam tapi pengajaran agar tiada lagi anak autistik dianiayai sesuka hati ) ... 

Biarlah takdir dan waktu menjadi saksi!  

Biarlah bulan memerhati.  

Biar bintang tersenyum di langit tinggi ... 

dan biarlah mentari ketawa  tanpa henti!  

Mak ?  

Mak bersyukur dalam sujud yang penuh tawaddu' ... Tuhan, Kau tahu hatiku ... SUNGGUH!!!




No comments:

Post a Comment