Sunday 15 March 2015

JADI CIKGU TAK KAYA


Nilam,

Tak ada orang yang kaya kerana jadi cikgu.  Tak kaya tapi selesa.  Cukup makan pakai.  Ada rumah tempat berlindung.  Ada kenderaan untuk bergerak.  Ada sedikit harta lain untuk menampung pencen selepas bersara.

Jadi cikgu kena banyak berkorban.

Nak buat kerja, kena beli barang-barang sendiri.

Laptop
Printer
Ink
kertas
bil letrik
wi fi
alatulis
buku

Juga, ada peruntukan untuk bantu pelajar yang memerlukan ( tak sampai hati nak biar )

Jadi cikgu juga kena bayar yuran

yuran kelab

macam-macam yuran lagi

Lepas tu, sesekali sekolah minta sumbangan, guru hulur duit, hulur barang-barang

Masa dan tenaga pun kita tak berkira

Begitulah orang jadi cikgu ...

Tapi mak suka.

Mak tak kisah pun.

Seronok tapi keseronokan ini hilang apabila orang tuduh mak ambil kesempatan ...


Mak terfikir, perempuan tua itu adalah parasit dalam dunia pendidikan.

Dia sepatutnya membangunkan semangat cikgu tapi dia KILL ...

No comments:

Post a Comment