Friday 13 February 2015

JUMAAT YANG INDAH




7.00 pagi

Bertolak ke sekolah.  Kita agak lewat hari ini.  Sebabnya  :  BIARLAH RAHSIA.  Hanya kita yang

tahu.

10,20 pagi - 11.40 pagi

Mak masuk kelas Nilam mengajar Matematik.  Rasa gembira tidak terkata.  80 minit rasa macam 8

minit saja.

12.20 tengahari

Menerima panggilan telefon dari pejabat sekolah.  Mesej  :  Pengetua nak jumpa sebelum balik.

( No problem.  Memang Mak plan nak balik lewat sikit.  Ada kerja yang perlu disiapkan ),


12.30 tengahari

Mengadap pengetua.

Apa perasaan Mak ?

Nilam,

Mak rasa gembira.

Mak nak beritahu Nilam, Wanita ini memang layak menjadi pengetua.

Tenang dan berbudi-bahasa.

Tidak sesekali dia menunjukkan kuasa apatah lagi meninggikan suara.

Bicaranya beralas waima tegas.

Mendengar dan menerima.

Ada tolerasi dan cuba memahami.

Ada motivasi,

Profesional.

Mak tak ada masalah untuk bekerjasama dengan insan yang tahu adab sopan ini.

Begitulah sepatutnya.

Orang beradab Mak beradab.

Orang tak beradab, Mak pun tak kuasa nak beradab.

Segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik.

2,00 petang

Kita meninggalkan sekolah.

2.30 petang

Sampai di Taska adik.  Adik tidur lena jadi  kita makan tengahari dulu di Restoran Mak Teh,

3,30 petang

Ambil adik dan balik.

5.00 petang

Mak keluar dengan Abang.

( TV kita rosak.  Mak nak hantar ke kedai untuk dibaiki ) Malangnya kedai berkenaan tutup.

5.30 petang

Kita keluar sekeluarga menuju ke Dataran Kemuning.  Makan2.  Pujuk Abang yang dah stress melampau,

( Terima kasih Nilam kerana mampu bersabar dengan segala kekurangan Abang )

Kemudian, bawa Abang gunting rambut.

9.00 malam

Mak ke Zemart beli buku log untuk Nilam,  Survey harga TV.  Rasa-rasanya kalau kos baiki tv mahal sangat ,Mak nak beli yang baru.

10.00 malam

Kita bersiap untuk tidur.



Nilam,

Hari ini, sekali lagi Mak minta pada Tuhan, Bila sampai waktunya Tuhan panggil Mak, Panggillah abang juga,  Biar kami pergi bersama...Mak tak nak susahkan Nilam dan Adik Rezza ... Nilam dan adik, teruskan hidup ini.  Jangan lupa doakan kami di sana.

walau pun keadaan sangat kritikal, Nilam tak pernah nampak Mak menangis kan ?

Sebab  :  air mata mak mengalir semasa memandu.  Nilam, adik dan abang tak tahu pun Mak menangis.  Mak insan biasa, tak cukup kuat untuk menahan air mata.

Dalam tangisan tanpa suara itu, mak minta pada tuhan, tolonglah, tolonglah dan DIA tak pernah tak tolong kita.  Syukur sangat...

Nilam ...
Semoga suatu hari nanti
muncul pelangi
mewarnai hidup ini

Mak sayang Nilam, adik dan abang.  Dinihari di tsp.











No comments:

Post a Comment