Nilam,
Alhamdulillah.
Jumaat ini, Mak masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah.
Masih berkesempatan melihat awan.
Masih berkesempatan jua melihat bulan.
Melimpah ruah kesyukuran, Mak masih berkesempatan melihat wajah anak-anak Mak dan kita
berkongsi senyuman dalam kebahagiaan berbaur keindahan.
Di sana, mentari bersinar
Di sini Bayu lembut berpuput
Di hati kita kasih memancar
Di Kalbu jua sayang bertaut
Sesungguhnya, Dia menjaga kita sebaik-baiknya...HATI INI TIADA DUKA ...
No comments:
Post a Comment