Nilam,
1) Cuti Akhir Tahun sesi persekolahan 2014 telah pun bermula.
2) Papa nak bersama anak-anak selama beberapa hari. Malangnya, anak-anak tak nak. Papa telah
menuduh Mak psycho anak-anak. Sakitnya hati mak Tuhan saja yang tahu. Senang-senang aje dia
tuduh mak macam tu. Nilam pun tahu kan, Mak tak pernah hasut anak-anak. MEMANG TAK
PERNAH. Mak tak akan buat macam tu kerana hidup ini terlalu singkat. Dalam kehidupan yang
sangat singkat ini, mak tak mahu buat sesuatu yang tidak adil pada anak-anak. Mak sedar, anak-anak
berhak diberi peluang untuk bersama bapa mereka selagi hayat masih ada. Tapi masaalahnya, kalau
anak-anak sendiri tak mahu meluangkan masa bersama ayah mereka, apa yang mak boleh buat ?
Hakikatnya, Mak tak mungkin dapat mempengaruhi Abang, Nilam dan rezza SEBAB :
ABANG TAKKAN BERI PELUANG PUN PADA MAK UNTUK MEMPENGARUHI DIA. MAK
NAK CAKAP BANYAK DENGAN DIA PUN TAK DAPAT. LAJU AJE DIA HALAU MAK
KELUAR BILIK DIA. DIA IALAH INSAN AUTISTIK YANG TERLALU SIBUK DENGAN
DUNIA SENDIRI. TAK ADA MASA DIA NAK LAYAN MAK BERCAKAP.
NILAM PUN TAKKAN BERI PELUANG PADA MAK UNTUK MEMPENGARUHI NILAM.
NILAM IALAH SEORANG BUDAK PEREMPUAN NAIF YANG TIDAK SUKA MENDENGAR
MAK BERCAKAP PERKARA TIDAK ELOK TENTANG SESIAPA PUN ATAS MUKA BUMI
INI. NILAM SELALU CAKAP DENGAN MAK : MANA BOLEH CAKAP PERKARA TAK
ELOK TENTANG ORANG LAIN. BERRDOSA!!!
ITULAH NILAM. ( BAGUS NILAM, SEMOGA NILAM TAK BERUBAH)
ADIK REZZA PULA, BUDAK KECIL YANG TAK TAHU APA-APA. MACAMANA MAK
NAK HASUT DIA ?
Kesimpulannya, demi kedamaian jiwa mak, mak terpaksa redha. Papa nak tuduh mak bukan-bukan,
teruskanlah. Mak tak boleh buat apa-apa. Mak doakan papa bahagia, dipanjangkan usia dan
dimurahkan rezeki. Mak kira, isteri yang papa ada hari ini adalah ANUGERAH TUHAN.
JAGALAH ISTERI DAN KELUARGA BARU BAIK-BAIK.
Alhamdilillah, mak dan anak-anak selamat dalam perlindungan Allah s.w.t.
3) Cuti sekolah ni, mak nak berehat bersama anak-anak. Ada rezeki nanti kita bercuti di mana-
mana sambil meraikan hari ulangtahun Abang Ariff.
4) Mak obesiti tahap 1 sekarang. Mak kena susun semula jadual pemakanan. Kena bersenam
juga. Kena kuatkan semangat. Bukan mudah nak turunkan berat badan.
No comments:
Post a Comment