Thursday, 27 June 2013

SEBUAH RUMAH DI JALAN MASJID, KG BUKIT TUNGGAL

Ariff, Nilam dan Rezza,

Mak ucapkan   :  SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA ...
Semoga ini bukan Ramadan terakhir kita!


BULAN RAMADAN MENGINGATKAN MAK PADA SEBUAH RUMAH DI JALAN MASJID, KG BUKIT TUNGGAL

GAMBAR MAMA PADA TAHUN 2010 DI HADAPAN RUMAH
Nilam,

Rumah usang background gambar di atas adalah rumah lama Atuk.  Di rumah itulah Mak dilahirkan dan dibesarkan sampai umur 12 tahun.  Pada tahun 1983, rumah semi-D Atuk di Jementah sudah boleh diduduki.  Mak dibawa berpindah ke sana ( rumah Atuk sekarang ).

Banyak kenanagan Mak di rumah sebelah masjid tu.  Kenangan bersama Atuk, Arwah Nenek. Cik Liza, Cik Ita. Cik Ida, Cik Lin, Cik Alis dan Cik Apai.  Mak Usu tak ada pengalaman duduk rumah ni.  Dia anak Jementah!

Paling Mak ingat adalah KENANGAN DALAM BULAN RAMADAN.  SUASANA SANGAT MERIAH.  MASJID SEBELAH RUMAH DITERANGI CAHAYA LAMPU GASOLIN.  SOLAT TARAWIH MENGISI WAKTU MALAM PENUH MAKNA.

Usai solat, biasanya ada saja yang singgah rumah Atuk. 

Kadang2 Mak Uda.  ( Suami Mak Uda adalah Imam Masjid dan Mak Uda ni kakak kepada nenek  ). 

Mak Lang pun rajin singgah.  Kadang Abg Rahim pun datang.  Begitu juga Pak Lang ...Wak Esah pun ada juga sekali sekala...

Sesekali adik-beradik Atuk menjengah ...( adik beradik Atuk jarang sikit datang kerana tidak semua ada di kg )... Misalnya Paman Utan ... Dia bekerja di Pontian. 

Ingat lagi, dulu, bila dia datang rumah, dia bawa nenas dalam tin.

 Ingat juga Paman Tok Mat.  Dia bekerja di Kuala Lumpur.  Paling Mak ingat adalah dompet Windsor Castle dari London yang diberikannya sebagai cenderahati :  masa dia balik dari sana setelah bekerja beberapa tahun lamanya.di tempat orang.

Tak mak nafikan adik beradikAtuk  ni menjadi pendorong untuk Mak belajar hingga ke university.  Pada masa tu, tak ramai anak kg yang berjaya. 

Ingat juga, semasa sepupu mak, Abg jamil berjaya melanjutkan pelajaran ke UM, ( masa tu mak baru darjah 3 atau 4, mak berangan suatu hari nanti, mak nak ke UM juga!!!

Balik cerita tentang rumah atuk pada bulan puasa, mak paling ingat kenangan mak tolong nenek buat lemper hingga dinihari pada suatu malam raya. 

Lemper adalah sejenis kuih pulut berinti serunding yang dibungkus macam kuih koci, dikukus.  Tak sempurna raya mak kalau tak dapat makan kuih ni ... Skrg, Biasa dapat makan kuih ni di rumah Wak Tirah ... di rumah Wak Entung pun selalu ada...


Dan Nilam, tak siapa pun tahu , setiap kali menyuap lemper ke mulut, hakikatnya air mata mak bergenang teringat arwah nenek...



                                                                                                                     lemper
                          lemper
Cerita pasal kuih lemper, arwah nenek tak pernah jemu bercerita bagaimana dia lahirkan Cik Alis ketika sedang parut kelapa nak buat lemper ... ntah cik alis ntah tak cerita ni....

Nilam,

Nenek menyahut seruan Illahi pada 18 Oktober 2004 bersamaan 3 Ramadan.

Mengimbau kenangan itu  :  Atuk telefon Mama pukul 2 pagi bertitahu nenek sakit di Hospital Segamat.  Ketika itu kita duduk di Gemas.  Umur Nilam baru 2 tahun. 

Mak bergegas ke hospital Segamat.  Sampai di sana, Mak lihat nenek dalam keadaan sakit.  Cik Liza sedang tunggu nenek.  Nenek resah ... 


Mak duduk di sisi nenek. Sesekali nenek minta Mak urut belakang dia ... dia kata belakang dia sakit....  menjelang subuh, nenek di bawa ke bilik x-ray. Mak ikut ke bilik x-ray... lepas x-ray nenek dibawa balik ke wad ... dan tak lama kemudian nenk menghembus nafas terakhir ....


Pemergian nenek begitu mengejut ... malam masuk hospital, subuh dia meninggal ...


Kejutan ini sukar digambarkan dengan kata2.  Pada hari nenek meninggal, mak langsung tak menangis.  Baru Mak tahu, rupanya jika kita terlalu terkejut, memang kita tak boleh menangis kerana kita tak pasti  ini realiti atau mimpi ....


                              Yg mana satu Nenek ?
                                     Nenek sebelah Mak  : bertudung purple.  Mak tak ingat gambar ni tahun berapa...tapi rasanya ini gambar terakhir Nenek ... Nilam atas riba ayah.  Adik Rezza belum lahir.  Budak yang Mak peluk tu anak Cik iDA ( bernama Hariz )!

( perjumpaan pertama Keluarga WSK )


Segalanya segar dalam ingatan walauu hampir 9 tahun berlalu

Hari Sabtu,
 
kita bersihkan pusara nenek. 
Minggu depan dah puasa.
 
Jementah, saya datang
Bukit tunggal, saya kembali
 
Nota khas :  NENEK dan ATUK MEWARISKAN SESUATU YANG AMAT BERHARGA KEPADA MAK DAN SEMUA ADIK BERADIK MAK IAITU HIDUP TANPA PERASAAN HASAD DENGKI.  ( Orang jer selalu dengki kat Mak sebab dia tengok apa yang Mak ada, dia lupa tengok apa yang Mak tak ada)!

No comments:

Post a Comment