Friday, 28 June 2013

BICARA HARI INI MALAM INI

Ariff, Nilam dan Rezza,



Hari ini  : 

Atuk, Mak Long ( Aliza Kasran ) dan Mak Usu ( Alfi Kasran ) singgah di rumah kita dalam perjalanan balik dari IJN.



Hari ini  : 

Mak terima satu panggilan telefon daripada mantan rakan sekerja Mak di SMKUJ.  Mak diundang menyertai Hari Keluarga ... kalau tak silap di Kolam Pancing Kampai.  Hari keluarga  + majlis perpisahan untuk Mak.

# Hmm... terima kasih!  Maaf, saya tak dapat hadir kerana esok Mesyuarat PIBG sekolah anak saya#

( Sungguh beretika jawapan Mak  )
 
 
#Hmmmmmm.... terima kasih.  Maaf, saya tak dapat hadir kerana saya KESAL saya dikeluarkan dengan cara yang tidak beretika#
 
( Sungguh tidak beretika jawapan Mak )
 
 
TAK APALAH UNDANG JELEBU
 
SAYA DATANG TAK DIUNDANG
 
PERGI BAGAI INSAN TERBUANG
 
CUKUP, CUKUP SUDAH
 
CUKUPLAH BERPURA-PURA
 
SAYA BUKAN ORANG BODOH
 
SAYA ADA DEGREE KEPUJIAN DARI SEBUAH UNIVERSITI YANG PALING SUSAH NAK MASUK DI MALAYSIA!
 
ORANG BODOH BOLEHLAH KAU TIPU ... FULL STOP!
 
 
( Sungguh bisa jawapan Mak... istimewa untuk insan yang tak habis2 berdrama  )
 
 
 
Hari ini  : 
 
Mak ceritakan pada Mak Salina tentang INTERVENTION APPROACH dalam proses terapi abang.  Cerita sungguh2 sebab Mak teruja nak beritahu dia bahawa dengan izin Tuhan Mak dah Berjaya menukar budak autism yang tak tau apa2 menjadi budak autism yang dia lihat hari ni ...
 
 
Mak kerja keras, korbankan segala kepentingan diri!  korbankan masa, tenaga dan wang ringgit!
 
Dia pelik tengok abang begitu normal, tak ada kurangnya!  (  Inilah hasil usaha Mak, bertahun2 lamanya, tanpa jemu, berusaha untuk abang ,  Mak berusaha dan berdoa .... Alhamdulillah ). 
 
Dulu, abang tak tau apa2 sebenarnya.  Tu yg KES AUTISTIC ABUSE DIA, cikgu dia BOLEH buat cerita Hindustan nafikan semua. 
 
SKUJ  buat drama korea.
 
JPNS buat sinetron. 
 
Bahagian pendidikan khas KPM buat pantomin ( drama bisu )
 
Tahniah semua!
 
CIKGU ABANG PUN USAHA JUGA  :  USAHA abuse!  TAHNIAH CIKGU! 
 
 
 
Hari ini  : 
 
Mak penat!  Bila Mak penat Mak marah.  Bila Mak marah, Mak terbayang wajah orang yang  baik hati sangat tolong Mak masuk Seremban!   Lupa pulak nak cakap terima kasih!  Terima kasih ye.
 
(Ini pula drama terbaik channel 133 Astro Bella....)
 
 
DAN HARI INI PUN BERLALU
 
SELAMAT MALAM!
 


No comments:

Post a Comment