Nilam,
Dewan SMK Seremban 3
Jam 12.30 tengahari
2 JANUARI 2013
Mak terduduk menerima khabar pemergian Mak Cik Anita. Rasa lemah sekujur tubuh Mak.
Gambar-gambar kenangan bersama Mak Cik Anita
18 OKTOBER 2004
Mak kehilangan emak
( Ketika itu, Mak sangat sedih )
1 OGOS 2013
Mak kehilangan suami
( Mak redha )
2 JANUARI 2014
Mak kehilangan seorang kakak. Dulu, Mak ada 3 orang kakak, sekarang tinggal 2 sahaja.
( Mak rasa sangat sedih, sedih dan pedih )
Begitulah hidup ini ... seorang demi seorang insan yang kita sayangi akan pergi meninggalkan kita.
KITA BERTEMU UNTUK BERPISAH
KASIH DAN SAYANG KEKAL ABADI
Nilam tahu tak, Mak Cik Anita pernah beritahu Mak Cik Alis SESUATU:
Mak Cik Anita : Aku selalu mimpi Cik Mok Mati. Aku sedih sangat.
Mak Cik Alis : Mati kenapa ?
Mak Cik Anita : Aku tak tau. Aku balik tengok dia dah mati ...
Catatan : Cik Mok merujuk kepada Mak ( nama gelaran dalam kalangan adik beradik )
Masya Allah, mimpi Mak Cik Anita terbalik. Dia yang pergi dulu. Mak balik kg, dia dah tak ada.
Mak yang merasakan kesedihan ...
Cik Nit, semoga kau tenang dan damai di sana ...
No comments:
Post a Comment