Nilam,
Mak ada sembilan orang adik beradik.
Anak pertama, lelaki, bernama Azhari, meninggal dunia semasa berusia lebih kurang 10 bulan.
Anak kedua, Mak Cik Aliza. Nilam panggil dia Mak Long.
Anak ketiga, Mak Cik Anita. ( Cik Ita )
Anak keempat, Mak Cik Afida. ( Cik Ida )
Anak kelima : Mak !
Anak keenam, Mak Cik Azlin. ( Cik Lin )
Anak ketujuh, Mak Cik Aslawati. ( Cik Alis )
Anak kelapan, Pak Cik Fairuz. ( Cik Apai )
Anak kesembilan, Mak Cik Alfi ( Ucu )
CERITA TENTANG MAK CIK ANITA
dalam keadaan kritikal.
Mengapa ?
Sejak akhir-akhir ini, Mak tengok keadaan dia sangat uzur. Dia sangat lemah. Nak berjalan pun macam tak
larat sangat. Penyakit diabetes dan buah pinggang yang dihidapinya semakin serius.
Pagi Sabtu : 7 Disember, Atuk telefon Mak. Menurut Atuk, Mak Cik Anita gagal dihubungi.
Menurut Atuk lagi :
Petang 6 Disember : Atuk menerima panggilan telefon dari Unit Hemodialisis Hospital Gleneagle
memaklumkan bahawa Mak Cik Anita tidak hadir untuk rawatan. Pihak hospital gagal menghubungi Mak
Cik Anita.
Atuk juga gagal menghubunginya ...
Begitu juga Mak Long ....
Anak Mak Long yang bekerja di IJN dan tinggal bersebelahan blok rumah Mak Cik Anita ( Ati ) pergi ke
rumahnya.. Menurut Ati : Lampu dapur menyala. Pintu berkunci tapi Ati panggil dan beri salam, tiada
jawapan.
Ke manakah dia ?
Mak Long dan Pak Long bergegas ke rumah Mak Cik Anita pada pagi Sabtu. Memang betul kata Ati.
Panggilan dan salam tidak berjawab. Pintu berkunci.
Mak Long cuba mencari Mak Cik Anita di tempat-tempat yang biasa dikunjunginya tapi gagal.
Akhirnya, Pak Long memutuskan untuk memanggil tukang kunci membuka pintu rumah Mak Cik Anita.
( Keadaan sangat menyedihkan )
Menurut Mak Long :
Mak Cik Anita terbaring di ruang tamu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Mak Cik Anita dikejarkan ke hospital dan terus dimasukkan ke ICU.
*********************************************************************************
Nilam,
Dinihari ini, Mak sangat teringat padanya. Mak harap, dia tak apa-apa. Mak harap dia pulih sepenuhnya.
Terkenang 20 tahun lalu, sewaktu Mak belajar di Universiti Malaya, tiap-tiap bulan dia beri Mak RM100.
Terkenang 20 tahun lalu, di rumah sewa dialah Mak sering lepak setiap kali stress di Universiti.
Terkenang 20 tahun lalu, dia masih muda dan sihat.
Masa berlalu.
Yang muda jadi tua.
Yang sihat jadi sakit.
Masa berlalu ... Mak termenung sendiri ... merenung esok yang belum pasti!
( Suatu hari nanti, Mak juga akan uzur dan lemah. Suatu hari nanti, Mak juga mungkin sakit. Mak harap detik itu, Abang, Nilam dan Rezza ada di sisi. )
Mak juga tertanya-tanya : adakah detik itu, mak masih sendiri tanpa suami ...
( Mr. X : Saya harap masa tu, abang ada di sisi saya. Saya masih belum beritahu bapak rancangan kita untuk bersama. Tunggulah dulu ye...Semoga ada jodoh kita ) ....
No comments:
Post a Comment