Nilam,
Suatu masa dulu, Mak memiliki sebuah kereta Proton Waja. Papa mula memiliki sebuah
Proton Tiara.
Namun, pada tahun 2006, Mak dan papa jual kedua-dua kereta tersebut. Sebagai ganti, Mak
beli sebuah Proton Iswara Sedan 1.5s ... Papa pula membeli sebuah Toyota Avanza ...
Kami berurusan di sebuah kedai kereta di Tampin ...
Urusan pembiayaan dibuat di Public Bank Tampin ...
Kenapa Tampin ?
Kerana semasa itu, kita tinggal di Gemas.
Mak bekerja di SMK Gemas.
Papa pula bekerja di Maybank Gemas.
Pada kebanyakan masa, Mak memandu Toyota Avanza.
Pada kebanyakan masa, Papa memandu Iswara.
Dan pada suatu masa, setelah terciptanya sebuah perpisahan, kami pulangkan harta masing-
masing.
Papa ambil semula Avanza dia.
Mak ambil semua Iswara Mak.
Mak sedih berpisah dengan Avanza ... sama juga sedihnya berpisah dengan tuan punya
avanza ...
tapi dah ketentuan takdir ...
Papa jual Toyota Avanza, diganti dengan sebuah HONDA ...
Mak terus memandu Iswara ... sehingga hari ini ...
KEHIDUPAN MAK TIDAK SEMAKMUR KEHIDUPAN PAPA ...
( Mak tak senang macam papa )
Mak terus memandu sebuah Iswara buruk tapi Mak tetap memandu dengan perasaan yang
indah ...
Buruk-buruk pun, kereta Mak juga.
... Dugaan Tuhan ... sejak ambil semula Iswara tu, banyak pula masalah ...
Tapi Mak redha ...
Tak apalah ...
Mak cuma nak cerita, pada hari Sabtu yang damai baru-baru ni, Mak ke bengkel lagi ... untuk
ke sekian kalinya ... RM pun melayang pergi ...untuk ke sekian kalinya juga ... dan kali, campur,
tolak, bahagi ,... ribu-ribu RM mengalir deras sederas air Niagara Waterfall ( mungkin )
Mungkin ada hikmah di sebalik segalanya ...
Kalau Mak boleh menangis, mungkin Mak akan menangis ...
Ye la ... kalau Mak menangis pun bukan tauke bengkel tu nak bagi kipas aircond free ...
Sabarlah wahai hati ...
BERARAK MENDUNG KELABU ...
MENGEKORI LANGKAHKU
SEPANJANG KEHIDUPAN
PENUH CABARAN
NAMUN
AKU TETAP AKU
No comments:
Post a Comment