Monday, 2 December 2013

DARI SEREMBAN KE MENARA MAYBANK


Nilam,

Hari ni, Mak ke tingkat 14, Menara Maybank di Kuala Lumpur.  18 tahun menjadi isteri staff 

Maybank, Mak tak pernah jejakkan kaki ke sini.  Tak sangka pula, setelah tiada kaitan lagi 

dengan Maybanker, Mak bertandang ke sini, dalam hujan yang tak henti-henti.


Untuk apa Mak ke sana ?

Untuk uruskan pembayaran nafkah anak-anak melalui potongan gaji papa

Urusan masih belum selesai

Mak tak tahu prosedur

Rupa-rupanya , untuk membolehkan potongan gaji dibuat, Pihak Maybank memerlukan 

perintah/penghakiman yang dihantar oleh mahkamah ke Maybank

Di atas perintah/ penghakiman itu mestilah tertera perkataan

UNTUK PERHATIAN MAYBANK

( Bersama-sama itu juga, perlu disertakan surat iringan yang mengandungi butiran berkaitan )

Begitulah ...

Mak belajar satu lagi perkara baru dalam hidup ini ...


Nilam,

( Hujan masih belum berhenti )

Mak penat sangat.  Sejak berpisah, banyak perkara yang perlu diuruskan.  Sukar juga.


Mungkin terdetik dalam hati Nilam  : 

 kalau Mak tahu segala kesukaran ini. adakah Mak akan tetap berpisah  ?

Jawapannya  :  Ye Nilam

KERANA

MAK TERIMA HAKIKAT

PERKAHWINAN MAK DAN AYAH MEMANG TAK BOLEH DITERUSKAN

PERPISAHAN ADALAH JALAN TERBAIK


Dan ... memang Mak tak silap ... Hari Jumaat baru-baru ni, papa datang ke rumah untuk ambil 

Abang, Nilam dan adik.... ( bersama isteri barunya ).


Papa dah berkereta mahal sekarang ...

Papa juga nampak kemas dan bergaya

Wajah papa berseri

Semua itu, membawa makna  :  PAPA MAKMUR DAN BAHAGIA


Alhamdulilah, memang itu yang Mak nak.  Masa papa jadi suami Mak dulu, dia bawa kereta 

buruk, jarang berpenampilan kemas dan tak nampak ceria ...



Semuanya adalah kerana kekurangan diri Mak ... Mak tak mampu menjaga seorang suami ... 


Sepanjang perkahwinan, Mak sibuk jaga anak ...


Mula-mula, Mak sibuk jaga anak OKU... ( bertahun-tahun, keadaan abang memerlukan Mak 

memberikan fokus yang amat tinggi pada abang :  Mak mempraktikkan program intervensi )


Kemudian, Mak sibuk jaga anak perempuan tunggal bersama-sama anak OKU


Kemudian , Mak semakin sibuk menjaga Anak Oku, anak perempuan tunggal dan anak pra 

matang yang kerap sakit ...

Itulah mak ...


Diri Mak sendiri pun tak berjaga sangat ...


Begitulah ...

Mak relakan pemergian papa supaya dia menghayati nikmat hidup ini.

Bersama Mak, tiada indahnya.


Mak melalui perjalanan hidup yang memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang besar.


Satu perkara lagi, Mak gembira, papa dah ada isteri yang dapat menemaninya menghadiri 

semua majlis dan urusan keluarga melibatkan ibubapa, adik beradik, saudara mara...


Sempurna hidup ayah ...

Gaji makin besar

Pangkat makin besar

Isteri cantik, dedikasi dan berwibawa ...



Alhamdulilah ... ikhlas Mak cakap, memang itu yang Mak mahu.  

Kalau papa habiskan masa 18 tahun lagi dengan mak pun, dia tak akan dapat itu semua ...


Nilam, 

Kala sendirian, Mak muhasabah diri ... kadang dalam dingin hujan... kadang dalam dingin 

aircond ... kadang dalam panas mentari... kadang dalam redup petang ...kadang dalam riuh 

rendah suara anak-anak ...  

MAK MENERIMA HAKIKAT  ;  MAK KOMITED SEBAGAI IBU TETAPI MAK TAK KOMITED 

SEBAGAI SEORANG ISTERI!


Papa tak bersalah meninggalkan Mak ...

Pergilah ... kebahagiaan papa bukan di sisi orang macam Mak ...


Nilam,

( Mak malu nak cakap )

Mak dilamar ...

Serius ...

Mak tertanya-tanya : Mampu ke Mak membahagiakan seorang suami ?

Takut juga ...

Semalam, papa lari tinggalkan Mak ...

Takut nanti, suami baru Mak pun lari juga ...


( Mak tahu, Nilam memang tak bagi Mak kahwin.  Nilam cakap dulu, Mak Atirah tak kahwin 

lagi pun, ok jer ... )


#  NANTILAH MAK BINCANG DENGAN ATUK ... ( Harap2 atuk tak terperanjat ) ...


Dalam hujan yang masih enggan berhenti, Mak tersenyum sendiri ... 

YA ALLAH HANTARLAH KEPADAKU SEORANG SUAMI YANG 

RELA UNTUK HIDUP DAN MATI DI SISI PEREMPUAN YANG SERBA KEKURANGAN INI ....




JANGAN DATANG UNTUK PERGI

USAH BERTEMU UNTUK BERPISAH

BERSATU BIAR ABADI

SETIA BUKAN SEKADAR JANJI
















No comments:

Post a Comment