Sunday, 7 July 2013

UCAPAN TAHNIAH UNTUK 2 AIDA

Nilam,


Mak ada dua orang kawan yang bernama Aida. 

Di sini, Mak akan kodkan sebagai AIDA 1dan AIDA 2.


AIDA 1



Hari Jumaat baru ni, Mak bawa Nilam dan Rezza ke rumahnya.  Kita singgah sekejap sahaja.  Rumah dia tak jauh pun dari rumah kita.

Entah kenapa, pada hari Jumaat lepas, Mak teringat dia masa kita beli buah-buahan di Jalan Jelebu.  Teringat segala kebaikan dia pada kita.  Terdetik di hati nak beli sedikit rambutan dan manggis untuknya!

Dulu, masa Mak mengandungkan Adik Rezza, kadang2 Mak tak larat nak drive.  Mak tumpang kereta dia ke sekolah.  Selalu juga Mak kirim mc dan dokumen peperiksaan atau apa sahaja pada dia kalau Mak tak dpt datang kerja.  Semasa adik lahir dia datang melawat kita......  Dan Mak takkan lupa dia hadiahkan adik sepasang baju berwarna oren muda.

Dia seorang kawan yang baik.


Rupa-rupanya semalam Mak teringat dia sebab Allah saja nak Mak tahu dia sedang mengandung.


Tahniah Aida.!  Semoga selamat semuanya.



AIDA 2



Kawan Mak yang ini berasal dari Kelantan.  Nak sangat balik bertugas di Kelantan. 


Tahniah Aida kerana berjaya balik bertugas di kg halaman.   

No comments:

Post a Comment