Ariff, Nilam dan Rezza,
Bacalah catatan pergerakan Mak hari ini : HARI ISNIN ( 8 JULAI 2013 )
5.00 pagi
Mak bangun. Anak-anak masih lena dibuai mimpi.
Mak siapkan keperluan abang dan Adik Rezza.
Mak bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
6.00 pagi
Mak bagi Adik Rezza minum susu.
Mak kejutkan Nilam.
Suruh Nilam bersiap untuk ke sekolah.
6.20 pagi
Mak dan Nilam menuju ke SRIAS.
6.40 pagi
Selepas menghantar Nilam ke SRIAS, Mak menuju ke SMK Seremban 3.
7.00 pagi
Mak berdiri di tepi pagar sekolah. Minggu ini Mak guru bertugas mingguan.
Di Seremban 3 ini, ramai anak orang berada rupanya. Ramai yang datang, parents hantar
dengan kereta import berharga lbh RM 100 000.
7.30 pagi
Mak handle perhimpunan rasmi pagi Isnin.
8.00 pagi
Perhimpunan bersurai.
Bermulalah tugas-tugas rutin Mak yang lain.
Seronoknya, hari ini ada pot luck. Byk makanan.
Mak bawa sambal tumis, telur goreng dan tart keju.
( Aduhai .... tengah Mak sibuk buat kerja, Pengetua datang bagi teka teki suruh jawab :
Teka teki tentang 3 orang Bangladesh kongsi bayar sewa rumah ... ish ish ........ Ya Allah
manalah Mak ada masa nak jawab teki-teki... Mak tak peduli Orang Bangladesh tu nak
bayar sewa rumah ke tak ... Mak busy .... tapi sebab dia pengetua kan, layan jer la : mak
faham dia nak uji kecerdasan minda Mak sbg guru matematik )
3.30 petang
Barulah tugas Mak berakhir.
Call Mak Ema, beritahu baru nak balik rumah ...hmmm sebenarnya nak beritahu, lambat
lagilah ambil Adik...
Harap Mak Emma faham ...tp Mak segan juga menyusahkan dia.
3.35 petang
Mak meninggalkan SMK seremban 3 setelah meletakkan laporan guru bertugas atas
meja Pengetua.
( Laporan yang ringkas tapi bermakna )
4.00 petang
Mak sampai di rumah. Abang tidur rupanya. Mak kejutkan abang ajak ke Jelebu; ikut Mak
ambil Adik Rezza.
5.00 petang
Sampai di Jelebu.
Spt biasa, bawa abang makan di medan selera dekat MRSM.
Hari ni abang lapar sangat nampaknya.
Dia makan hot plate, nasi goreng sardin dan roti bakar.
Minum air milo ais
Mak cuma minum segelas Nescafe. nak hilangkan ngantuk.
Saja tak makan sebab berat Mak dah naik beberapa kg sejak Mak stress ni.
6.00 petang
Selesai makan
menuju ke rumak Mak Emma utk ambil adik.
Mak Cik Salina beri Cucur Jawa
yuppp; cucur jawa utk anak jawa
7.05 petang
Sampai di sekolah Nilam.
Nilam nampak penat sgt lama tunggu Mak.
Sedih Mak tengok muka Nilam yang kelihatan sangat penat.
7.10 petang
Singgah nak beli coconut shake di tempat biasa. Hmmmm tak ada rezeki. Penjual tu pun
dah bersiap nak balik ... Ye lah burung pun dah pulang ke sarang.
Mak aje yang belum balik rumah.
7.30 ptg
Singgah 99 Mart
Nilam dan abang beli Bliss.
7.40 petang
Singgah kedai alatulis. Nilam nak scrap book.
8.00 malam
Sampai rumah.
Penatnya.
Nasib baiklah, Pagi tadi, Mak makan 50 biji spirulina Elken. Kalau tak Mak tak tau dari
( Betul Nilam, Spirulina Elken memang YANG TERBAIK )
*************************************************************
Nilam,
Mak cerita ni bukan nak harap harap simpati sesiapa.
NO
Simpati orang tak boleh bawa mak ke mana-mana
tidak ke bulan , tidak juga ke bintang
apatah lagi ke syurga
TAPI
Mak cerita sebab Mak nak Nlam ambil moral cerita
moral of the story :
jangan mudah2 menyusahkan hidup orang lain
( Suatu hari nanti la, kalau Nilam jadi pengetua )
kalau kita tak pandai jadi ketua, jangan jadi pengetua
Kalau kita tak ada kepimpinan, jgn masuk dunia pengurusan
kalau kita tak tahu makna organisasi, itulah dia ... kita cuma kejar popularity
Tak ada maju nya sekolah tu pun dengan terkeluarnya mak dari situ
sekolah tu, ambil cikgu dari langit pun belum tentu dpt ba'iah
tapi kalau ambil pengetua dari langit, tentu2 dapat baiah. PASTI.
################################
Entahlah, sampai hari ni, Mak tak percaya niat dia baik.
Nilam,
Hari ni seorang pelajar Cina minta kebenaran untuk ke tandas.
Mak kata boleh tp jgn lari.
dia jwb : jgn takut cikgu, sy orang baik !
betul Nilam student ini Tham Wee Kian mmg budak baik. Muka dia pun nampak baik sgt.
Mak tak sangsi
Tapi bila orang kata , niat dia keluarkan mak tu niat baik , mak sangsi sungguh ...
Hmmm baik untuk siapa ?
7 SEBAB MAK SANGSI
Pertama
Kalau dia baik, kenapa, di bwh kepimpinannya, 13 kali Adik Rezza masuk hospital, tidak ada sekali pun dia datAng melawat kita.
Baik sangat la tu ....
( Kalau Mak jadi Pengetua, anak staff sakit, Mak datang ziarah )
Kedua
Sepanjang dia jadi pengetua mak, 2 kali abang jalani pembedahan tapi tak ada pun dia datang tanya khabar.
( Ohh... dia sangat sibuk ... Mak lupa )
Ketiga
Kalau benar-benar simpati
simpati di hati
nan suci murni
kenapa campak mak ke sempadan PD
kenapa tak campak Mak ke Md Redza/ Warisan Puteri
Keempat
Kalau betul baik, kenapa tak panggil dulu,
Tanya dari hati ke hati.
Cuba sesekali, ambil tahu kebajikan diri Ketua Panitia PSK ni
Kelima
Kalau betul baik,
Eh ... sebelum pergi, Mak jumpa dia... Mak tunggu depan pejabat ...
( Mak fikir, kita orang Melayu, takkan nak pergi macam tu aje ... kenalah jumpa pengetua dulu )
Masya Allah...
Kecewanya...
6 sekolah Mak dah kerja , Pertemuan akhir dengan Pengetua,
Pengetua mesti buat ayat klise :
Terima kasih atas sumbangan cikgu selama ni. Selamat bertugas di tempat baru ...
tapi
dia boleh buat muka kering jer....
( Ini isu budi bahasa budaya kita )
Keenam
Ada org kata ni peringkat pertama, masuk seremban dulu...
lepas tu nanti boleh cari sekolah dekat rumah
...ye ke ...
peringkat perama, dia tendang Mak masuk Seremban... peringkat kedua, siapa pula nak tolong angkat mak letak kat sekolah dekat rumah ... dia juga ke ?
Ketujuh
KaLAU baik, kenaPa suka cakap sindir2....
cakap la dari hati terus ke bibiR
atau mak yang jahil
gagal memahami niat baik seorang insan mulia
sudahlah.... mak dah tua, Mak senior officer dalam perkhhidamata awam ni,
NILAM
SEKILAS IKAN DI AIR, MAK KENAL JANTAN BETINA
No comments:
Post a Comment