Nilam,
Beberapa hari yang lalu, ketika kita nak keluar pintu
pasaraya AEON BIG, Nilam cakap :
Nilam kesian orang yang rumah dia kecil, tak ada duit nak beli apa2. Bila Nilam beli banyak
barang, Nilam rasa benci pada diri sendiri!
Mak terkejut bila Nilam cakap macam tu
sebab suatu masa, lama dulu,
Mak juga pernah fikir begitu.
Kita sama Nilam. Ternyata, Nilam tidak mewarisi rupa paras Mak tetapi Nilam mewarisi dalaman diri Mak.
Nilam,
Teruskanlah perasaan itu ... itu petanda Nilam mempunyai rasa kasih sayang yang tinggi sesama insan.
10 cadangan Mak :
1) Apabila Nilam berkereta nanti, ( sekalipun berkereta
mewah jutaan ringgit )., singgahlah gerai di tepi jalan.
Belilah dua tiga ringgit pisang goreng atau apa sahaja.....dan
kalau Nilam nampak, peniaga itu membawa anak kecil,
sedekahlah beberapa ringgit kepada anaknya.
( Sesungguhnya peniaga itu susah. Tidak ada orang senang yang nak heret anak kecil apatah lg baby berniaga di tengah panas ).
2) Apabila Nilam makan di mana2, datang orang minta
sedekah. Jangan sesekali Nilam marah. Bersedekahlah
sekadar mampu.
3) Apabila Nilam terbaca artikel dalam majalah atau
suratkhabar tentang penderitaan orang lain, mereka
memerlukan bantuan, bersedekahlah walau pun seringgit.
( Guna saja Maybank2u )
4) Apabila datang wanita2 tua, menjual keropok/ kerepek/
kuih trdisional/apa2 , Nilam beli sahaja. Kesian dia. Dah
tua2 susah payah cari duit. Dia terpaksa!
5) Apabila Nilam menjadi guru ( Nilam memang nak jadi
cikgu kan ? ), bantulah pelajar2 yang memerlukan.
Peruntukkanlah 5 atau 10 % daripada gaji Nilam untuk
membantu mereka. Nilam bantu saja diam2. Nilam tak perlu
cerita pada sesiapa.
Ada pelajar yang memang sangat susah. Tapi Nilam kena
ingat, pelajar yang susah ini takkan cerita dia susah. Dari
pengalaman Mak, kita hanya akan tahu dia susah dalam
situasi tertentu.
Contoh ; Pelajar sakit, Mak nak hantar dia balik rumah @ ke
klinik. Masa itulah biasanya mereka tercerita .... Kalau saja2
nak cerita, budak tak akan cerita.
Kalau dia kata dia nak makan pun susah. Hari2 makan telur
goreng, on the way hantar dia balik, belikanlah dia beberapa
bungkus nasi dan lauk ayam ...
6) Apabila Nilam bekerja dan menghantar anak ke rumah
orang, pertama sekali Nilam mesti pastikan, Nilam bayar
orang itu betul2. Bayar gaji mereka jangan dilengahkan.
Jangan sesekali Nilam potong gaji mereka sesuka hati.
Ramai orang buat begitu. Kalau banyak cuti, tak hantar
anak, mereka potong gaji pengasuh anak. Mak rasa perkara
ini tak betul. Jgn berkira sangat Nilam. Jasa mereka tolong
jaga anak kita tak dapat dinilai dengan wang ringgit
sebenarnya.
7) Apabila Nilam mendengar kawan ditimpa kesusahan,
berkunjunglah ke rumahnya. Kalau kawan masuk hospital,
jengahlah dia. Tanpa mengira pangkat dan darjat. Kalau tak
dapat jengah, telefonlah. tak dapat telefon, sms lah.
sebagai tanda, kita simpati dan prihatin...
Ingat Nilam, jangan tengok pangkat dan darjat.
# Pernah Mak lihat di sebuah di Negeri S. Apabila isteri pengetua kemalangan, ramai yg ziarah. Apabila GPK masuk hospital, ramai yang datang....tapi apabila cikgu biasa masuk hospital ... tak ada pun mcm tu #
Mak nak ingatkan Nilam : Ini satu petunjuk yang jelas tentang WARNA HATI MANUSIA.
( Dan Nilam, apabila Nilam jadi cikgu, Nilam perlu relief kawan yang cuti. Relief la dengan redha. Hampir 20 tahun Mak bekerjaya, Mak x pernah jemu relief kawan2...
kalau setahun mak relief kawan 100 hari, 18 tahun dah jadi 1800 hari ... tapi tak de ini jadi masalah besar pada mak
ada yang masuk hospital,
ada yg hantar anak belajar,
ada yang kena kanser,
ada yang kemalangan,
ada yang kematian waris,
ada yang berkursus,
ada yang menunaikan umrah,
ada yang rumah kena banjir,
ada yang anak buat masalah,
ada yang menderita kemurungan,
ada yang balik kg kecemasan
dan sebagainya.
Ingatlah Nilam,
Hidup ini bukan licin. Sentiasa ada ujian dan dugaan )
kalau kawan kita mc, jgn sesekali kita tuduh dia kaki mc. berbaik sangkalah. Demi Allah, kita tak tahu apa yg berlaku... Jangan aniaya kawan kita dengan prasangka yang jahat. Banyak yg tersirat; tersembunyi dari pandangan mata kasar kita ).
Kalau hari ini, kawan kita diduga, esok lusa, kita pula diduga.
Cerita Mak :
Pada suatu hari, Mak ke rumah Imam Jamal di Jelebu. Masuk sahaja ke ruang tamu, Mak terperanjat. Mak melihat seorang lelaki di atas katil, macam katil hospital.
Bila mak pergi dekat, Masya Allah dia kurus sangat. Tinggal tulang sahaja. Makan, minum, melalui tiub. Sedih.
Isteri Imam tu cerita, itulah anak lelakinya. Jadi begitu kerana dirempuh kereta. Dia dirempuh sebaik berjaya menamatkan pengajian dan kalau tak silap mak, dah dekat nak lapor diri sebagai pembantu perubatan. Sejak kemalangan , dia koma dan terbaring di katil
Lihatlah Nilam, Mak dapat anak istimewa sejak lahir tapi Imam tu dapat anak istimewa semasa anak dah berusia lingkungan 20 tahun.
Sebab itu la, kalau orang susah, kita boleh bantu kita bantu... sebab suatu hari nanti kita juga akan susah ... roda kehidupan ...kita tidak sentiasa berada di atas.
8) Apabila nilam menemui OKU, kalau dia susah, Nilam mesti tolong.
9) Apabila Nilam dalam perjalanan, perbanyakkanlah sedekah.
Contoh : Dinihari di highway, Nilam beli saja kopi lebih. Berikan pada Pak Cik/ Makcik yang jaga kebersihan R&R.
Contoh lain : Anak Nilam tumpahkan air. Datang pekerja mop lantai. sedekahlah seringgit dua
10 Akhirnya nilam,
bersedekahlah sedikit duit ringgit kita setiap kali ada kesempatan
Bantulah insan yang memerlukan setiap kali ada kesempatan
Semua itu adalah kesempatan-kesempatan yang amat indah.
kenapa ?
Kita ada tanggungjawab untuk bantu org susah.
Tuhan bagi kita duit bukan nak suruh beli rumah mewah, kereta mewah sahaja tapi tuhan nak kita tolong orang juga..
Mak tak nak berteori, keluarkan hadis bagai .. Nilam buat saja...itu tanggungjawab kita!
TANGGUNGJAWAB RIZ REZZA JUGA ...
NOTA : KALAU BETUL NIAT DIA BAIK, MAK DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK DIA TAPI KALAU DIA ADA HIDDEN AGENDA TANPA MENGAMBIL KIRA MASALAH DAN KEBAJIKAN KITA, MAK DOAKAN DIA TINGGALKAN JAWATAN ITU SECEPAT MUNGKIN ... DENGAN 1 000 000 CARA YANG MUNGKIN ....SEBAB DIA MENYUSAHKAN HIDUP MAK SESUSAH SUSAHNYA! AMIN!
NOTA : KALAU BETUL NIAT DIA BAIK, MAK DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK DIA TAPI KALAU DIA ADA HIDDEN AGENDA TANPA MENGAMBIL KIRA MASALAH DAN KEBAJIKAN KITA, MAK DOAKAN DIA TINGGALKAN JAWATAN ITU SECEPAT MUNGKIN ... DENGAN 1 000 000 CARA YANG MUNGKIN ....SEBAB DIA MENYUSAHKAN HIDUP MAK SESUSAH SUSAHNYA! AMIN!
No comments:
Post a Comment