Ramadan semakin hampir. Mak rasa tak sabar nak melalui bulan yang syahdu itu.
( Bersama anak-anak yang sangat Mak kasihi ).
POKOK RAMBUTAN DALAM KENANGAN LAMAN WSK SEPURNAMA SEBELUM RAMADAN 2010 |
GAMBAR KENANGAN MALAM RAMADAN SETAHUN LALU |
Nilam,
Di sini Mak nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada Nilam kerana sudi tolong Mak jaga adik. Mak
nak beri upah pun Nilam tak nak. Nilam kata, Nilam cuma nak tolong Mak. Baiknya hati Nilam!
Alhamdulillah.
Atas kesudian Nilam membantu, ayah tak perlu ke Kuala Klawang dalam gelap pagi.
Atas kesudian Nilam membantu juga, Mak tak perlu ke Kuala Klawang dalam samar senja.
Sungguh, budak sebelas tahun pun tahu makna simpati. Orang 50 tahun belum tentu mengerti!
Dari mana datangnya simpati ?
Dari mata turun ke hati. Nilam lihat sendiri kesukaran2 yang kita lalui.
Eh... orang lain pun susah juga. Semua orang ada masalah sendiri.
( Betul dan Mak doakan orang yang cakap macam ni : dikurniakan anak istimewa seperti Mak. ditambah lagi dengan anak pramatang yang selalu sakit. Mak nak tengok seindah mana rentak dan tari ... adakah seindah pelangi atau seindah suria pagi )
BUKAN SEBAB MAK BUSUK HATI TAPI MAK NAK TOLONG DIA
MAK KESIAN DIA
NIAT MAK BAIK TAU.
___________________________________________________________________________________
Nilam,
Mak tak gembira sekarang. Hari2 Mak sedih. Nilam tahu kenapa ?
Jawapannya : Mak dipindahkan dengan cara yang kejam!
Perpindahan ini langsung tidak memudahkan urusan hidup kita. Sebaliknya ia menjadikan hidup kita huru-
hara. Dalam stress yang tidak tertanggung, Mak tak malu nak beritahu Nilam, Mak kembali menjadi
pengguna pil tidur. Nilam jangan buat apa yang Mak buat. Bagi diri Mak, Mak terpaksa. Hanya dengan
cara ini, Mak dapat lena untuk seketika!
SEBAGAIMANA HIDUP KITA HURU-HARA, MAK HARAP HIDUP ORANG ITU HURU-HARA JUGA! BIAR SAMA2 HURU-HARA!
___________________________________________________________________________________
Nilam,
26 tahun yang lalu, Mak ada seorang kawan sekelas di Sekolah Tinggi Segamat. Seorang kawan yang Mak
amat suka. Dalam kesedihan hidup Mak, Mak gembira dia sudi bertanya khabar walau pun dia kini berada
nun jauh di seberang lautan.
Terima kasih KIAM! Izinkan saya pinjam gambar pemandangan awak untuk
menghiasi blog saya ni.
Sebagaimana senja itu mengusik kalbu awak,
ia juga mengusik kalbu saya!
Orang yang dekat pun belum tentu sudi bertanya khabar kita kan ...
___________________________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment