Nilam,
Syukurlah, dalam situasi yang amat mencabar ini, anak-anak Mak hidup ceria macam
biasa. Mak pun ceria juga. Apa pun yang berlaku, kita terima saja sebagai takdir. Kita tak
tahu adakah kehidupan kita semakin sukar atau semakin senang pada masa hadapan ...
susah atau senang
kita terima saja dengan tenang
kerana kita bagaikan ikan yang berenang
menikmati indahnya bau karang
tak tahu esok bagaimana
adakah kian terang cahaya
atau ... dunia kelam bagaikan senja
atau ... bagaikan malam gelap gelita
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment