Wednesday, 24 July 2013

MAKIN SENJA MAKIN INDAH





Semakin lama kita hidup di alam fana ini maka usia kita pun semakin bertambah.  Wajah berubah. 

Tenaga kian lemah.  Namun biarpun banyak yang kurang, banyak juga yang bertambah...

pertambahan-pertambahan yang bermakna ... memaparkan kedewasaan yang luar biasa ...



10 tahun lalu, jika diuji dengan dugaan sebegini,  Demi Allah, saya tidak akan setenang ini.  Tapi hari

ini, saya begitu tenang, cuma sesekali kesedihan minimum bertandang.  Kadangkala saya tak tahu

dari mana kekuatan ini datang.



Kata kawan saya  :  MAKIN SENJA MAKIN INDAH
 
Kata saya  :  Makin berusia makin indah
 
 
 
Nota  :  Saya tak fikir banyak ... Saya cuma nak besarkan anak-anak ...
 
( Semoga Allah panjangkan usia saya dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat saya terus mendidik 3 orang anak yang ada sebaik-baiknya. Inilah harta saya ... )
 
Tak ada apa lagi saya nak kejar dalam dunia ni ...
 
Baru-baru ni seorang kawan menghantar mesej ke FB saya ... Jauh ... dari Utara ... Saya begitu terkesan dengan kata-katanya  :
 
Saat-saat begini, saya perlukan rakan , bukan rakan yang hanya Islam pada nama sahaja!  Terima kasih Norwati.  Saya setuju.  Saya pun tak mahu rakan yang tolong sesatkan saya. 
 
 
 

Hati pun berdoa  :

Ya Allah ... jauhkanlah daku daripada insan-insan yang tidak berniat baik terhadap ku ... dan andai ada insan yang makin lama makin jauh dari hati ini,

Rasanya
 
that is the answer to my lonely prayer.

No comments:

Post a Comment