Nilam,
Mak semakin tua. Tak tahu berapa hari lagi hayat Mak di dunia yang fana ini.
Hari ini, Mak nak beritahu sesuatu yang amat penting untuk kesejahteraan dan kebajikan
Abang Ariff dalam jangka panjang.
Nilam sebagai caretaker ,
Nilam perlu tahu tentang KEMUDAHAN OKU 2005.
( Nilam masuk Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat ; http:/www.jkm.gov.com untuk rujukan ). InsyaAllah, semasa mengambil kad OKU baru abang nanti, Mak akan minta satu salinan Kemudahan OKU 2005 ini untuk simpanan kita.
Untuk pengetahuan Nilam, ada banyak kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia
kepada OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Abang Ariff adalah OKU berdaftar. Mak dah daftarkan Abang berbelas-belas tahun yang lalu!
Kad Abang sentiasa ada bersama Mak. Satu salinan dalam Fail. ( Buka saja peti simpanan dokumen Mak. Ambil fail berwarna pink. Semua dokumen Abang ada di situ ).
Gunakanlah peruntukan-peruntukan yang ada untuk kesejahteraan dan kebajikan abang.
Pada 20 Februari 2009, Mak mula menggunakan peruntukan 15 KEMUDAHAN OKU 2005
15. Bekerja "Flexi-Hours"
Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja mengikut Flexi-Hours supaya dapat membolehkan urusan kebajikan anak mereka.
Mak memohon PELEPASAN KELUAR SEWAKTU BEKERJA. Mak diberi surat sokongan dari Pejabat Kebajikan Daerah Masyarakat Daerah Jelebu. Satu salinan surat pelepasan ini telah pun Mak serahkan kepada GPK 1 Mak lama dulu.
Nilam,
Mak mohon pengertian insan sekelililng Mak dalam menggunakan peruntukan yang ada ...
Adakah mereka mengerti ?
Mak tak tau ...
tapi
ada yang benci
( REDHALAH NILAM. BIARLAH ORANG BENCI KITA ... YANG PENTING KITA SALING MENGASIHI DAN KITA DALAM LIMPAHAN KASIH SAYANG ALLAH JUA )
Cuma yang pasti, sebagaimana Mak meminta bantuan, seumpama itu jugalah Mak menghulurkan bantuan seberapa terdaya agar balance hidup kita.
Sesungguhnya Mak bukanlah orang yang suka meminta-minta tapi demi kebajikan abang, Mak memerlukan kemudahan ini.
( Mak akan upload surat sokongan JKM tapi skrg laptop terlalu slow, tunggulah dulu )
NOTA : Kenapa Mak kurang sangat sebut tentang ayah ?
( Pada kebanyakan masa dalam hidup ini, Mak tidak bersama ayah. Begitu juga Abang, Nilam dan adik . Kita berempat yang banyak bersama, walau ke mana jua ... Pelik kan ? tapi itulah hidup kita sebenarnya ! Mak dah biasa. Mak sedih ? Mak tak sedih sebab kita datang ke dunia ini sendiri dan kita akan pergi pun sendiri! )
No comments:
Post a Comment