Friday, 5 July 2013

DRAFT 1 ( TELAH DIUBAHSUAI pada suatu petang yang damai )



Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Jalan Dato Hamzah, Karung Berkunci No 6
70990 Seremban Negeri Sembilan.


 ( UP  :  Ketua Sektor Pengurusan Sekolah )


Tuan


PER  :  PERMOHONAN BERTUKAR KE SEKOLAH BERDEKATAN RUMAH

           
Perkara di atas adalah dirujuk.


2.   Maklumat diri saya:



      Nama  :


      Opsyen                                :    EKONOMI/ MATEMATIK

            

      Gred Jawatan                      :    PPPS DG 44


      Tempat bertugas sekarang  :   SMK SEREMBAN 3



2.   Saya memohon bertukar ke salah-satu daripada SMK berikut, sekiranya ada
      kekosongan   :


SMK Warisan Puteri

 SMK Dato' Haji Mohd Redza
 
SMKA Sheikh Haji Mohd Said

 SMK Seri Ampangan

SMK Dato' Sheikh Ahmad



3.    Alasan Permohonan Pertukaran:


-   Untuk  memudahkan pengurusan anak istimewa  ( autism )


-   Untuk memudahkan pengurusan anak pramatang yang kerap sakit.


-   Saya diarahkan berpindah dari SMK Undang Jelebu  ke SMK Seremban 3
     secara mengejut .  Sekolah ini agak jauh juga dari rumah.  Lebih kurang 20 -25 minit
     perjalanan.

     ( Saya diarahkan melapor diri sehari selepas 2 orang anak keluar hospital kerana
     pneumonia dan pembedahan kaki ).


     Pertukaran ini semakin menyukarkan kehidupan saya yang sememangnya agak 
     sukar buat masa ini.

-   Saya ada masalah kesihatan iaitu kecederaan disk tulang belakang  :Disc bulge of
     L4/5 with disc dessication.


-   Suami bekerja jauh dan masa kerja panjang.
    ( Hal pengurusan anak sepenuhnya di tangan saya )


-   Rumah yang saya beli di Taman Sri Pandan, Sikamat , sangat hampir dengan SMK
    Warisan Puteri, telah pun siap dan saya akan berpindah ke sana dalam masa terdekat.



4   Bersama-sama ini saya sertakan dokumen sokongan iaitu  :




  •   Kad OKU anak ( Ahmad Ariff bin Mohd Nizam )


  •   Laporan perubatan anak ( Riz Rezza bin Mohd Nizam )


  •   Laporan Alahan   ( MAST CLA ALLERGY Investigation Report)


  •   Laporan perubatan saya sendiri.( Radiology Report )



  •   Surat arahan pertukaran suami ke Bahau

  •   Surat arahan pertukaran ke SMK Seremban 3




Dalam keadaan kebajikan anak-anak diambilkira dan lebih terjaga, saya yakin  akan

dapat  memberi sumbangan yang lebih signifikan terhadap perkhidmatan. 



Sekian, untuk pertimbangan tuan.  Terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Saya yang menurut perintah,


...............................................
(                                             )





No comments:

Post a Comment