Keluargaku,
Tepat jam 6.38 pagi, mak berdiri di hadapan gate SMK Seremban 3. Suasana sunyi hanya terdengar bunyi kicauan burung. Bayu sejuk berhembus lembut. Suasana tenang dan nyaman lagi segar. Sangat mempengaruhi hati juga emosi untuk melangkahkan kaki ke sini tanpa sangsi ...
Maklumat dari Pengawal : Hanya ada 120 pelajar yang akan mendaftar pada hari Isnin. Ada 8 orang guru.
Semuanya baru bermula!
Nilam,
jika ditakdirkan perjalanan hidup mak melewati bumi sekolah ini maka mak akur. Di sinilah mak berpijak dan menghirup udara segar milik Allah untuk beberapa tahun atau mungkin untuk 17 tahun ... hingga bersara!
SMK Seremban 3, Insya Allah KITA DITAKDIRKAN UNTUK BERSAMA!
Selamat tinggal SMKUJ.
Jika hati teringat padamu,
saya bertamu di halaman rindu.
Jika rindu panas membara,
saya lagukan senandung kembara.
Jika rindu tidak tertahan, jeritan rindu di angin lalu saya laungkan ...
dan jika hati tak mampu dipujuk, saya biar hati merajuk ...
lantaran
semalam di UJ tinggal kenangan ... Kenangan yang ada dalam diary, ada dalam hati, ada dalam sanubari tapi
TIADA GULA DALAM KOPI ... !!!!
No comments:
Post a Comment