Monday, 17 June 2013

PENGETUAKU JIRANKU - suratan @ kebetulan

Ariff, Nilam dan Rezza,

Rentak dan corak hidup kita berubah lagi, untuk ke sekian kalinya.

Pagi2, ayah hantar Rezza dan Mak hantar Nilam....tukar tugas!   Pagi2 , Mak tidak lagi menghala ke Jelebu tetapi Mak menuju ke Seremban 3.  Pagi2 mak tidak lagi ke SMK Undang Jelebu tetapi Mak ke menuju ke SMK Seremban 3 ...  Mak tak lagi nampak kabus pagi yang suci murni... Mak cuma nampak lampu isyarat yang berbudi dan berbakti ...

Sebenarnya, kita sama2 tahu betapa kita tidak bersedia untuk melalui semua ini ... ( Apatah lagi dalam keadaan abang dan adik baru sahaja keluar hospital ).  Perubahan yang agak mengejut lagi drastik.  Mak tahu perubahan-perubahan sebegini menuntut pengorbanan yang amat besar.  Mak juga tahu, pernah dulu Timbalan Menteri Pelajaran ( Fuad Zakarshi )berjanji akan mengkaji semula berkenaan pertukaran mengejut ini ...

Mak tak ada komen ...

Kehidupan kita teruskan ... cabaran dan dugaan kita hadapi dengan penuh kesabaran dan ketabahan ... kerana kita adalah insan terpilih yang ditakdirkan melalui semua ini sebagai manifestasi keimanan melalui ujian2 Tuhan ...

Mak masih boleh senyum dan ketawa ... masih gembira ... masih ceria ... masih make up ,masih berkasut tumit tinggi,  masih pakai cantik2, KENAPA ?

Jawapannya mudah sahaja  :  Mak nak jadi macam Napoleon!  Suatu hari nanti, Mak akan ceritakan tentang kebijaksanaan Napoleon... sungguh kalau kita mampu jadi sebijak Napoleon, kita ok jer !!!!!

Hari ini, Mak OK JER.!!!!!!!!!!

(  Cuma  terkejut sikit bila tahu PENGETUAKU JIRANKU )

ADAKAH INI SATU SURATAN ATAU KEBETULAN ?




No comments:

Post a Comment