Saturday 7 March 2015

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN



Nilam,

Minggu ini, mak berpeluang menghadiri mesyuarat panitia daerah.

Mesyuarat pertama pada hari Rabu di SMK Seremban Jaya 2.

Di sana, mak bertemu dengan kawan lama semasa mengajar di SMK Gemas 10 tahun lalu.  10 tahun tidak bersua, teman yang bernama Haslinda ini masih mengingati Mak.  Bukan saja ingat rupa malahan nama mak pun dia masih  ingat juga.

Alhamdulillah.

Pertemuan di bumi Seremban Jaya ini   adalah pertemuan yang mencipta bahagia!

Mesyuarat kedua pada hari khamis di SMK T.Ampuan Durah.

Di sana, mak bertemu tiga orang kenalan lama.

Seorang teman bernama Laili, sama-sama mengajar di SMK Simpang Gelami 8 tahun lalu.

Seorang lagi teman bernama Norwani, sama-sama mengajar juga di SMK Undang Jelebu 4 tahun dahulu.

Seorang lagi yang mak temui, bukan kawan Mak tapi bekas pengetua mak di SMK Gemas hampir 15 tahun lalu.  Pengetua ini bernama Tn Hj Md Fiah Md Jamin.  Sungguh Mak tidak menduga, tertulis dalam sejarah, pada suatu hari yang damai, Mak hadir ke sekolah pengetua ini untuk bermesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau.  Mak terharu, pengetua ini masih mengenali Mak. Masih ingat nama Mak.  ( Beliau adalah pengetua paling berbudi bahasa, berbudi bicara dan cemerlang yang Mak pernah jumpa ).

Alhamdulillah.

Pertemuan-pertemuan di bumi T. Ampuan Durah  ini adalah pertemuan yang sungguh indah!

Nilam,

Lumrah alam, insan bertemu dan berpisah.  Saat bertemu, kita mengenali hati budi orang.  Saat berpisah, kita kenang jasa dan kebaikan  orang.  Saat bertemu semula, kita dah makin tua, makin matang dan hati kita berbisik  :  Sungguh Allah telah temukan kita dengan ramai insan yang baik-baik di bumiNya ini!  

Mentari terus bersinar...  
Bayu terus berhembus... 
dan kita terus melangkah 
di bawah sinaran mentari 
dalam hembusan bayu 
dengan membawa hati 
dan perasaan yang berwarna-warni.  


No comments:

Post a Comment