Friday 27 March 2015

EMOSI PAGI JUMAAT 27 MAC 2015



Nilam,

Semalam, mak hadir ke sekolah kita.  Memandu kereta yang sama.  Park kereta di tempat yang sama.  Panorama alam tetap sama.  Kicauan unggas yang itu-itu juga.  Namun begitu, emosi Mak tidak lagi seperti dulu.

Dulu, sebaik tiba di sekolah kita, hati mak riang.  Mak suka cahaya lampu, mak suka angin segar yang berhembus, mak suka bunyi anak air, mak suka bunyi unggas...walaupun sekolah kita tak banyak bunga, hati mak berbunga-bunga ... indah wangi ... namun pagi semalam, perasaan itu tiada lagi ... anih ... perasaan itu telah pergi ...

Yang tinggal, rasa sayu dan patah hati.

Duhai hati, haruskah ku melangkah pergi ?



DI TENGAHNYA KABUT BERMANDI EMBUN PAGI

DINGIN MEMBUAT HATIKU MEMBEKU



No comments:

Post a Comment