Monday 9 February 2015

INILAH YANG DINAMAKAN BAHAGIA DAN TANGGUNGJAWAB


Nilam,

Kita baru lepas makan malam.  Agak lewat.  Mak letih sangat hari ni.  Lama Mak tidur petang tadi.

Kesihatan Mak belum pulih sepenuhnya.  Tapi bagi insan macam Mak, sihat atau sakit, rutin hidup

tetap seperti biasa.  Mak tak ada tempat bermanja.

Lepas Maghrib tadi, Mak pergi ke Zemart , cari barang untuk masak.  Balik dari Zemart, Mak terus

masak.  Gembira tengok Abang Arif makan.  memang dia suka Mak masak.  Inilah yang dinamakan

bahagia.

Nilam,

Hari Jumaat yang lalu, Tadika Adik minta Mak datang.  Adik diserang asma di Tadika.

Alhamdulillah, rezeki adik, pengetua kita yang baru beri Mak pelepasan keluar.  Terima kasih Puan

Amnah bt Alias.  Keadaan adik agak serius.  Mak berkejar ke Klinik Anjung Karisma Lavender

Height.  Adik ambil gas.  Lepas ambil gas, adik kelihatan lega.  Tapi sepanjang jalan balik, adik

menangis.  Mak buntu.  Apa lagi yang tak kena ?

Mak tengok adik macam sakit perut.  Macam nak buang air besar tapi tak boleh.  Mak berkejar pula

ke Klinik Pridz, Sikamat.  Memang betul, adik sembelit rupanya.  Setelah diberi ubat, keadaan adik

berubah sejahtera.

Selesai semuanya, Mak dapat panggilan dari SMK Seremban 3.  Mak terima pesanan dari Abang

Sham, staf pejabat.  Pesanan daripada pengetua :  Kak, pengetua minta akak ambil crk atau mc.

Tidak, tidak.  Mak tak berani ambil cuti.  Ni baru bulan 2.  Tahun ni panjang lagi.  Tak tahu apa yang

 akan berlaku.  Mak pecut kereta laju-laju balik ke sekolah.  Sempat sampai 11.40 pagi.

 Hmm...selamat cuti mak tapi jauh di sudut hati Mak terdetik juga, kalau berkejar-kejar, accident

pulak, mati pulak, langsung tak selamat.

Begitulah kehidupan ini direncanakan.  Kita lalui segalanya dengan berbagai-bagai perasaan.  Yang

penting, dalam kesibukan mencari rezeki, Mak tak abaikan anak-anak.  Kerja Mak junjung, anak-

anak Mak kelek.  Inilah yang dinamakan tanggungjawab.




No comments:

Post a Comment