
SAYA MASIH DI SINI ... ANDAI SAYA TIADA LAGI, BIARLAH CATATAN-CATATAN INI MENJADI PENAWAR RINDU KALA SEPI ... Ariff, Nilam dan Rezza, bila2 merindu mak, datanglah sini... blog ini mak update hari-hari ... Mak catat apa saja tentang kita sehingga ke hujung nyawa... Jangan lupa doakan mak tenang dan damai di sisiNya!!!
Friday, 30 January 2015
BILA KAU SENYUM, KU GEMBIRA
Nilam,
Tika ini, jam 1.24 pagi, 31 Januari 2015. Rumah kita sunyi. Abang, Nilam dan Rezza telah lena dibuai mimpi. Dalam sunyi dinihari ini, jiwa Mak amat tenang dan damai. Ada gembira. Ada bahagia. Alam maya ini Mak rasakan indah seindah-indahnya.
Kenapa Mak gembira dan selalu senyum sekarang ?
Ada banyak sebab, Nilam.
Pertama, Mak gembira kerana kita berada di sekolah yang sama. Mak gembira dapat mengajar anak kesayangan Mak. Mak gembira dapat melihat Nilam makan di kantin bersana kawan-kawan. Mak gembira ... sangat gembira ... Tidak ramai ibu yang mendapat peluang begini.
Kedua, Mak telah berjaya mengubah cara berfikir. Dulu, Mak mudah stress dan murung. Namun kini tidak lagi. Dalam perjalanan hidup kita, Mak buat yang terbaik Mak mampu buat dan selebihnya, Mak serahkan pada Allah.
Ketiga, Mak gembira anak-anak bahagia di sisi Mak. Kita melalui hari-hari yang indah bersama dengan penuh kasih sayang.
Keempat, Mak gembira, kawan Mak ( MR X ) sentiasa ada dalam hidup Mak. Nilam Cakap, Nilam tak nak Mak kahwin dengan dia. Sebaiknya, tidak usahlah kita bincangkan hal ini kerana soal jodoh bukan urusan kita. kita hanyalah insan biasa. Allah jua yang akan menentukannya.
Kelima, Allah temukan Mak dengan insan-insan yang baik dan menggembirakan hati.
Nilam,
Kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok lusa ... namun apa pun berlaku, ketahuilah, apa jua yang Mak lakukan dalam hidup ini, keutamaan Mak adalah anak-anak.
Papa tinggalkan kita untuk mencari kebahagiaan
namun Mak takkan ke mana-mana
Mak takkan tinggalkan sesiapa
( Mak takkan tinggalkan anak-anak, tidak juga Mr X )
kerana
Mak percaya
Kebahagiaan itu sentiasa ada
dalam hati yang sentiasa redha
Ingatlah, Nilam
Dakilah gunung yang tinggi
Capailah pelangi
Kita tetap takkan bahagia
andai hati kita mencari sempurna
kerana
sebuah kesempurnaan bukan milik insan
insan itu sentiasa ada kekurangan
yang harus kita terima dengan penuh pengertian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment