Saturday, 20 December 2014

SOAL SAKIT PENING INSAN ADALAH URUSAN TUHAN


Nilam,

Kesihatan diri amat penting.

Kalau kita sakit, hidup susah.

Orang pun menyampah.

Tapi ingatlah pesanan Mak pada Nilam, sakit pening orang jangan kita jadikan umpatan.

Dapat bantu kita bantu.

Tak dapat bantu, kita doakan,

Tak ada pun orang yang suka sakit dalam dunia ni ...

Dan ingatlah betul-betul,

what you give you get back.

Hari ini , kawan susah kita buang simpati malahan kita mengata

Esok lusa giliran kita pula Tuhan uji

Hidup ini bagaikan roda

Sekejap kita di atas

Sekejap kita di bawah

Yang sihat akan sakit

Jadi, biarlah kita hidup merendah diri kerana kita hanyalah insan kerdil yang tak pernah tahu

bagaimana kehidupan kita suatu hari nanti.



Catatan  :  Sebenarnya mak sangat sedih bila soal sakit pening kita ni orang jadikan bahan kataan.  Terdetik juga dalam hati mak, satu hari nanti, kalau kau diuji macam ni, kau tahulah nasib kau...masa tu baru kau tahu langit tinggi rendah...

No comments:

Post a Comment