Friday, 19 December 2014

BANYAK IKAN BANYAK GARAM


Nilam,

BANYAK IKAN BANYAK GARAM
RAMAI ORANG BANYAK RAGAM

Sepanjang perjalanan hidup ini, mak ditemukan dengan berbagai-bagai jenis manusia.

ADA MANUSIA YANG GARANG BAGAIKAN SINGA
ADA MANUSIA YANG HALUS TUTUR KATA

ADA MANUSIA YANG MEMAHAMI
ADA MANUSIA YANG TAK PEDULI

ADA MANUSIA YANG JUJUR BERBICARA
ADA MANUSIA YANG BICARANYA PENUH DUSTA

Mak terima semua manusia seadanya.

Nama pun manusia

Pasti ada cacat dan cela

NILAM, ALLAH PERTEMUKAN MAK DENGAN SEORANG PENDUSTA

(Hakikatnya, mak tahu dia banyak berdusta 

tapi Alhamdulillah Mak jenis orang yang mendengar tanpa pertikaikan apa-apa.  

Mak tahu 

dia menipu.  

Bukan susah pun nak tahu kalau orang sedang menipu.  

Dalam usia mak yang agak lewat

ini, 

dengan pelbagai pengalaman hidup yang dilalui, 

mak senang juga nak kesan hal-hal macam ni. 

 Tapi, biasanya mak buat-buat bodoh, 

buat-buat tak tahu sebab seronok juga melihat kreativiti penipu 

ni.  

Mak dengar pun bukan mak rugi apa-apa.  Dengar saja la ....  ASALKAN DIA BAHAGIA....

 insan ini kepakarannya menjadi 

penglipur lara.  

Mak kagum dengan bakat yang dia miliki.  

Bukan semua orang boleh buat macam tu 

...  Kita terima dia seadanya kerana hakikatnya, 

di sebalik kekurangan seseorang, ada berjuta-juta

kelebihan dan keistimewaan)


NOTA DARIPADA MAK UNTUK DIA

TERUSKAN BERDUSTA

PERCAYALAH

SEGALA PENDUSTAANMU

MENCERIAKAN HARI-HARI DALAM HIDUPKU

MENGHIBURKAN HATI

MEMBUATKANKU TERSENYUM KALA SENDIRI



No comments:

Post a Comment