
SAYA MASIH DI SINI ... ANDAI SAYA TIADA LAGI, BIARLAH CATATAN-CATATAN INI MENJADI PENAWAR RINDU KALA SEPI ... Ariff, Nilam dan Rezza, bila2 merindu mak, datanglah sini... blog ini mak update hari-hari ... Mak catat apa saja tentang kita sehingga ke hujung nyawa... Jangan lupa doakan mak tenang dan damai di sisiNya!!!
Sunday, 21 December 2014
8 TAHUN MENANTI DIA BERUBAH
Nilam,
Menipu adalah satu penyakit yang sukar diubati.
Apatah lagi jika ia telah dilakukan untuk jangkamasa yang panjang.
NAMUN, JAUH DI SUDUT HATI MAK SELALU BERDOA AGAR TEMAN YANG SUKA BERBOHONG INI BERUBAH ...
Lapan tahun mak menanti tapi dia tetap dia
Hidupnya penuh pembohongan
Mak simpati
Kenapa?
Kenapa mak simpati ?
Ada dua sebab yang besar.
1. Apabila dia banyak sangat berbohong dalam hidup, mungkin dia tidak sedar, body gesture dan mimik wajah dia jadi pelik. Sangat ketara.
2. Dia sentiasa ingat mak percaya segala pembohongan dia.
Mak tak pernah percaya. Mak tahu dia bohong tapi dah memang sikap mak tak nak malukan orang. Mak buat-buat macam percaya. Hakikatnya, mak tahu banyak juga hal yang sebenar. Kadangkala apa yang dia bohongkan tu merepek sangat. Stupid pun ye. Budak tadika boleh la percaya.
SEBAGAI SEORANG TEMAN, MAK AKAN TERUS MENDOAKAN DIA BERUBAH PADA SUATU HARI NANTI.
Kiranya PENANTIAN TINGGAL PENANTIAN
DIA TAK JUGA BERUBAH
MAK AKAN JAUHKAN DIRI
PERGI TANPA PESAN
BIARLAH
SEBUAH PERKENALAN LAPAN TAHUN LAMANYA TERPUTUS DI TENGAH JALAN.
Mak rela dan redha kerana mak percaya aura negatif seorang penipu tidak bagus untuk mak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment