Saturday 25 October 2014

SELAMAT TAHUN BARU 1436 HIJRIAH




Nilam,

Selamat Tahun baru 1436 Hijriah.

Untuk Abang Ariff dan Adik Rezza juga.

Malam kelmarin, Mak bermimpi kepala mak terasa sangat berat.  Bagaikan berpuluh-puluh kilogram. Tak sakit cuma berat.  Sebaik-baik sahaja tersedar dari mimpi, lama Mak termenung.  Mak tertanya-tanya  :  Kenapa pula Mak boleh mimpi macam tu?

Malam semalam, Mak mimpi lagi.  Kali ini Mak mimpi didatangi seseorang.  Seorang insan berbaju hijau.  Dalam mimpi Mak, insan itu bersuara  :  Adik, saya datang untuk bawa adik ke jalan kebenaran.!

Nilam, ini kisah benar.  Bukan saja-saja Mak reka.... Mimpi-mimpi  ini suatu mimpi yang anih.   Mungkinkah ini suatu hidayah untuk Mak membetulkan apa yang salah, menambah apa yang kurang dan mencorakkan semula rentak hidup Mak yang agak pincang?









  

No comments:

Post a Comment