Saturday, 25 October 2014

MELEWATI HARI-HARI YANG INDAH





Nilam,

Hari ini, hidup kita tenang dan damai.  Emosi Mak stabil.  Nilam, Abang dan adik, bahagia di sisi Mak.  Kita melewati hari-hari yang indah.

Adat dunia, sesekali adik sakit, sesekali Mak, abang dan Nilam pula kurang sihat.  Namun kita tetap gembira kerana kita mengharungi susah senang hidup ini bersama-sama.

Dari segi kewangan, Alhamdulillah ...
Kita tak kaya tapi bersyukurlah dengan apa yang ada.
Kita hidup sederhana.

Secara keseluruhannya, syukur kepada Allah, kita tidak kekurangan apa-apa.

(Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran hidup kami sekeluarga.  Teringat semasa Aidil Fitri lalu, Pak Lang Sukarman menyusun bicara :  Pak Lang tak dapat nak tolong awak tapi Pak Lang doakan awak selamat, jaga anak-anak baik-baik.

Terima kasih Pak Lang.  Terima kasih mendoakan keselamatan kami.  Terima kasih semua yang mendoakan kami.  Berkat doa kalian, kami hidup makmur di sini.  Selamat dalam perlindungan Allah).


No comments:

Post a Comment