
SAYA MASIH DI SINI ... ANDAI SAYA TIADA LAGI, BIARLAH CATATAN-CATATAN INI MENJADI PENAWAR RINDU KALA SEPI ... Ariff, Nilam dan Rezza, bila2 merindu mak, datanglah sini... blog ini mak update hari-hari ... Mak catat apa saja tentang kita sehingga ke hujung nyawa... Jangan lupa doakan mak tenang dan damai di sisiNya!!!
Monday, 27 October 2014
KONGSI CERITA MAK DAN NILAM
Malam ini dingin. Dalam kedinginan malam ini, ada beberapa perkara Mak nak kongsi dengan Nilam. Kisah-kisah kehidupan ... dan kematian ...
Pertama
Dua tiga hari lalu, mak menerima khabar tentang pemergian seorang teman. Meninggal kerana breast cancer tahap 4. Mak kenal dia ketika Mak bekerja di Jelebu dulu. Sedih ...
Kedua
Petang semalam, mak menerima khabar tentang pemergian seorang bekas pelajar SMKUJ. Meninggal kerana kemalangan. Mak pernah menjadi guru kelas dia ... Sedih, awal dia pergi ... dah tiba masanya ...
ketiga
16 Oktober 2014, mak dah ada medical card. Alhamdulillah ... Tak sangka, akhirnya, mak ada juga medical card.
Sebenarnya, dulu-dulu lagi, memang mak nak beli tapi papa kata : Nak buat apa ? Guna je panel saya. Unlimited. Nak apa lagi ...!
Ingat lagi, dulu-dulu, apabila ejen insurans promote medical card, laju je Mak jawab : Tak pe. akak guna panel husband...!
Rupa-rupanya, panas tak sampai ke petang. hujan rebut di tengahari. Selepas berpisah dengan papa, mak tidak lagi layak untuk menumpang kemudahan perubatan papa.
Inilah yang dikatakan takdir... tersembunyi hikmah di sebalik segalanya ...
Apa-apa pun, Mak lebih gembira kini berbanding dulu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment