SAYA MASIH DI SINI ... ANDAI SAYA TIADA LAGI, BIARLAH CATATAN-CATATAN INI MENJADI PENAWAR RINDU KALA SEPI ... Ariff, Nilam dan Rezza, bila2 merindu mak, datanglah sini... blog ini mak update hari-hari ... Mak catat apa saja tentang kita sehingga ke hujung nyawa... Jangan lupa doakan mak tenang dan damai di sisiNya!!!
Monday, 20 April 2015
HIDUP SENDIRI LEBIH BERERTI
Nilam,
Mak gembira meneruskan hidup ini bersama anak-anak yang Mak kasihi. Dari hari ke hari, Nilam makin matang dan boleh memahami banyak perkara. Kita dah boleh berkongsi cerita macam BFF. Nilam dah jadi kawan baik mak. Ke sana ke mari kita bersama.
Adik makin besar dan cerdik. Kita gembira melayan kerenah adik.
Abang tetap abang. Begitulah dia tapi kita tahu, kita amat menyayanginya. Dia pun tahu, kita sayang dia.
Nilam, lama mak tak buat catatan harian sehari dalam hidup kita. Hari ni, teragak pula nak cerita detail pergerakan kita pada 20 April 2015. Catatan kenangan untuk Nilam, abang dan adik, suatu hari nanti, setelah mak tiada lagi di sisi.
5.00 pagi
Mak terjaga. Sunyi. Hening. Nilam, abang dan adik masih lena dibuai mimpi sendiri-sendiri. Mak ke dapur ambil segelas air. Kemudian, mak minum di luar rumah. Terasa sungguh dinginnya angin pagi menyentuh kulit mak. Lampu jalan masih menyala. Indah panorama alam. Hati mak damai.
5.30 pagi
Mak mula buat persiapan untuk ke sekolah. Niat mak untuk bersahur dan berpuasa, belum dapat dilaksanakan. Tunggulah sehari dua lagi. Jika diizinkanNya, mak ingin penuhi bulan Rejab ini dengan berpuasa.
6.00 pagi
Mak kejutkan Nilam dan adik. Bagi adik minum madu Qaseh Gold dan susu. Mak siapkan adik untuk ke Taska. Alhamdulillah, pagi ni adik tak meragam langsung. Baik sangat.
Nilam pandai bersiap sendiri. Cepat dan pantas.
Sejak Nilam dah besar ni, Nilam dah pandai buka pintu, buka pagar, tugas mak jadi sangat mudah. Nilam juga bawa adik masuk kereta.
Mak bersiap lebih kurang. Mak dah tak make up lagi. Cukuplah segala keindahan dunia yang palsu tu.
6.45 pagi
Kita keluar ke Taska adik. Depan rumah saja. Kak Mira dah menunggu.
6.55 pagi
Kita menuju ke sekolah.
Tapi kita terpaksa berpatah semula balik rumah. Nilam baru tersedar cermin mata nilam tercicir semasa menutup pintu pagar.
7.05 pagi
Kita menuju ke sekolah.
7.25 pagi
Menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.
#Mak tak perlu mendengar ucapan seorang pemfitnah#Dosa memfitnah lebih besar daripada dosa membunuh ( orang yang tidak bersalah )#
(ANAK-ANAKKU, JANGAN SESEKALI KITA MEMFITNAH SESIAPA DI ATAS MUKA BUMI INI. INGATLAH SELAMANYA)
8.50 pagi - 10.10 pagi
Mula masuk kelas. Dua waktu.
10.30 pagi - 11.50 pagi
Masuk kelas. Dua waktu lagi.
11.50 -1.10
Masuk kelas Nilam. Relief Pn R. Dua waktu. Mak suka, dapat mengajar Matematik kelas Nilam. Mesti kawan-kawan Nilam boring tengok muka Mak, tak apa, janji mak bahagia.
1.10 -1.50 tengahari
Mak duduk di sofa bilik guru. Cuaca panas. kepala mak sakit. Sambil-sambil tu mak surf internet membaca tentang OPPM. ( One Page Project Manager ).
1.50- 2.30 petang
Masuk kelas Nilam lagi. Mengajar Matematik lagi. Mak seronok tapi kesian kawan-kawan Nilam ... dah tepu dah ...
2.45 petang
Kita tinggalkan sekolah, menuju ke Maybank Senawang.
3.30 petang
Urusan selesai. Kita ke Giant Senawang makan Nasi lemak kukus ayam pandan. Minum air mangga dan oren. Sedap.
4.00 petang
Masuk kedai buku, cari poskad. Cikgu M minta Nilam bawa. Tak jumpa pun poskad. Dah 10 kedai kita pergi tapi tak jumpa pun poskad. Rasanya, orang dah tak guna poskad lagi kot.
4.30 petang
Menuju ke taska adik. Ambil adik
Pergi ke kedai Aniq beli buku Iqra adik.
5.00 petang
Sampai rumah
Penat kan Nilam ?
p/s : Papa tanya Nilam, mak marah ke papa tak peduli adik sakit ? Mahunya tak marah. Tapi papa kata dia sibuk kerja. Tak boleh cuti. (TAK APALAH NILAM. DAH NASIB ADIK. BAPA SENDIRI PUN TAK UTAMAKAN DIA. TAPI BAGUS JUGA. SUATU HARI NANTI, SAAT PAPA TERLANTAR DI HOSPITAL, NILAM DAN ADIK TAK PERLU AMBIL CUTI. KERJA SAJA MACAM BIASA) ... tapi terpulanglah ... terpulanglah pada hati budi anak-anak mak ... Pernah mak berbual-bual dengan seorang Doktor ... Dia anak yang ditinggalkan ayah ... tidak dipedulikan ... membesar dalam tangan ibu ... tapi saat ayah beliau terlantar sakit, Doktor tu dan adik beradik dia DATANG JUGA ZIARAH ... TAK SAMPAI HATI NAK BIAR ... Bagi diri mak, mak amat berharap, saat mak lemah dan tak berdaya, anak-anak ada di sisi kerana mak tak ada sesiapa kecuali anak-anak ... mak memilih untuk tidak bersuami lagi demi anak-anak ... Mak cuma nak teruskan hidup ini, yang tak tahu hingga bila , ...dengan anak-anak yang amat mak kasihi... apa pun berlaku, anak-anak tetap keutamaan mak ... Hakikatnya, hidup sendiri lebih bererti!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment