SAYA MASIH DI SINI ... ANDAI SAYA TIADA LAGI, BIARLAH CATATAN-CATATAN INI MENJADI PENAWAR RINDU KALA SEPI ... Ariff, Nilam dan Rezza, bila2 merindu mak, datanglah sini... blog ini mak update hari-hari ... Mak catat apa saja tentang kita sehingga ke hujung nyawa... Jangan lupa doakan mak tenang dan damai di sisiNya!!!
Sunday, 15 March 2015
JADI CIKGU TAK KAYA
Nilam,
Tak ada orang yang kaya kerana jadi cikgu. Tak kaya tapi selesa. Cukup makan pakai. Ada rumah tempat berlindung. Ada kenderaan untuk bergerak. Ada sedikit harta lain untuk menampung pencen selepas bersara.
Jadi cikgu kena banyak berkorban.
Nak buat kerja, kena beli barang-barang sendiri.
Laptop
Printer
Ink
kertas
bil letrik
wi fi
alatulis
buku
Juga, ada peruntukan untuk bantu pelajar yang memerlukan ( tak sampai hati nak biar )
Jadi cikgu juga kena bayar yuran
yuran kelab
macam-macam yuran lagi
Lepas tu, sesekali sekolah minta sumbangan, guru hulur duit, hulur barang-barang
Masa dan tenaga pun kita tak berkira
Begitulah orang jadi cikgu ...
Tapi mak suka.
Mak tak kisah pun.
Seronok tapi keseronokan ini hilang apabila orang tuduh mak ambil kesempatan ...
Mak terfikir, perempuan tua itu adalah parasit dalam dunia pendidikan.
Dia sepatutnya membangunkan semangat cikgu tapi dia KILL ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment