Nilam,
Semalam, Papa telefon Mak. Tujuannya :
PAPA NAK BAWA ANAK-ANAK BALIK
PERAK PADA SATU TARIKH YANG AKAN
DIBERITAHU KELAK; TIDAK LAMA LAGI;
DALAM BULAN DISEMBER.
Keputusan di tangan anak-anak.
Nilam dan Ariff sepakat :
OK IF IT IS NOT RAINING.
Bagaimana dengan Rezza ?
Panas atau hujan
Ribut atau taufan
Rezza di sisi Mak
ATAS SEBAB-SEBAB KESIHATAN.
Mak harap Papa faham bahawa Rezza tidak cukup
kuat untuk perjalanan jauh.
Apatah lagi tanpa Mak di sisi... dalam dingin
Disember yang basah ...
Keluarga di Perak merindui Rezza
( Andai ini jawapan Papa )
Inilah jawapan Mak : simpanlah rindu itu !
Kenapa ?
Kerana
rindu itu indah
Suatu hari nanti
apabila Rezza semakin besar dan kuat
Mak relakan dia ke Utara
bagai camar yang pulang
tanpa rasa bimbang
Andai rindu mereka pada Rezza tak dapat ditahan
geloranya bagai ombak di lautan
Ikhlas
pintu rumah saya terbuka untuk mantan mertua saya
untuk mantan ipar-duai saya
datanglah bertamu
ke rumah saya
seandainya sudi
PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
TAMAN SERI PANDAN SUDIKANLAH JENGAH
KISAH LALU BIARKAN SAHAJA
No comments:
Post a Comment