Friday, 22 November 2013

1 OGOS 2013 - 22 NOVEMBER 2013 = 144 HARI


Nilam,


Semuanya masih baru.  Terlalu baru.  Mak dan ayah baru berpisah.  Baru 144 hari.


Mak masih sendiri.  Bertatih memulakan kehidupan baru bersama anak-anak.


Mudah ke Mak melalui semua ni ?



JAWAPAN SATU  :  



MUDAH KALAU MAK DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SEMPURNA.

ADA RUMAH YANG SELESA .  

ADA KERETA YANG BAIK KEADAANNYA.  

KEHIDUPAN DAPAT DITERUSKAN DENGAN LANCAR

SELANCAR PROTON PREVE MELUNCUR DI JALANRAYA MENYELUSURI BANDAR



JAWAPAN 2

( JUJUR DARI HATI )

SUSAH

KERANA

 MAK DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SERBA KEKURANGAN.

MAK DITINGGALKAN DI SEBUAH RUMAH SEWA.  

MAK BERSUSAH PAYAH MENYEMPURNAKAN RUMAH SENDIRI DAN BERPINDAH. 

 KERETA ?  

MAK DITINGGALKAN BERSAMA SEBUAH KERETA BURUK YANG KERAP ROSAK.

JENUH MAK BERULANG-ALIK KE BENGKEL DALAM MASA 144 HARI NI.  

BERIBU-RIBU RM DUIT MENGALIR.


APA NAK BUAT ...

KERETA SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN MAK.

MAK PERLUKAN KERETA UNTUK KE TEMPAT KERJA MENCARI REZEKI.

MAK PERLUKAN KERETA UNTUK HANTAR NILAM KE SEKOLAH.

MAK PERLUKAN KERETA UNTUK URUSKAN ADIK REZA.


TANPA WARNA SIAPALAH PELANGI

TANPA KERETA, SIAPALAH DIRI INI ....




Buat masa ni, Mak sedang berusaha mendapatkan sebuah kenderaan yang baik untuk kita sekeluarga.

Mak harap sangat segala urusan dipermudahkan ... dan akhirnya kita sekeluarga dapat memiliki sebuah

kenderaan yang selesa dan baik keadaannya... biarpun tidak semewah mana ...


MAKAN APRIKOT MAKAN STRAWBERI

BUKAN ACCORD BUKAN JUA CAMRY


Mak cairkan serba-sedikit pelaburan yang ada sebagai modal untuk mendapatkan kereta itu ...

Jauh di sudut hati, Mak rasa sangat sedih ... Hanya Tuhan yang tahu perasaan Mak ...

( NAIK PEJABAT AIA, REDAH PINTU OFFICE GREAT EASTERN , JENGAH PEJABAT  ETIQA )


Namun demi anak-anak, Mak akan lalui semua ini setabah mungkin..

Cuma satu permintaan Mak
( HANYA SATU PINTAKU )

Mak harap ayah faham...perpisahan ini masih terlalu baru.  

Mak dan anak-anak sedang menyesuaikan diri dengan situasi 

dalam keadaan serba kekurangan 

dan 

penuh kesukaran. 

 Dalam keadaan ini, kami perlukan masa.  

Kami perlukan masa untuk stabilkan kehidupan dan emosi.


SEDARKAH AWAK MANTAN SUAMIKU

BETAPA HAKIKATNYA


KAMI DITINGGALKAN DALAM KEADAAN TERUMBANG AMBING BAGAI SEBUAH 

PERAHU KECIL DI TENGAH LAUTAN


KAMI DILAMBUNG OMBAK

KAMI DIREDAH BADAI

SEDALAM LAUTAN BIRU , SEDALAM  ITULAH DERITAKU


LANTARAN ITU


 FAHAMI EMOSI KAMI

 FAHAMI KESUKARAN HIDUP KAMI.  

JANGAN PAKSA SAYA IKUT CAKAP AWAK.

JANGAN PAKSA ANAK-ANAK IKUT CAKAP AWAK.

KAMI SANGAT TERTEKAN DENGAN SEGALA YANG BERLAKU 

DAN 

KAMI DALAM PROSES PEMULIHAN.  



KEADAAN KITA BERBEZA.

AWAK SENANG, TENANG TAPI TOLONG  JANGAN BUAT SEWENANG-WENANG.

JANGAN PAKSA ANAK-ANAK IKUT AWAK BERCUTI KALAU MEREKA TAK NAK.


 SAYA TAK PENGARUHI MEREKA TAPI ITU KEPUTUSAN MEREKA SENDIRI.

ANAK-ANAK KITA DAH BESAR.  DAH MAMPU BERSUARA MENYATAKAN 

PENDIRIAN DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI.


NILAM TAK HAPPY PUN NAK KELUAR DENGAN AYAH DIA KALAU ADA ORANG 

LUAR BERSAMA. ( ISTERI BARU AWAK )

FAHAMILAH PERASAAN BUDAK TU ...



SAYA TAK HASUT DIA... 

DIA BINCANGKAN HAL TU DENGAN RAKAN SEBAYA DI SEKOLAH ...DIA LUAHKAN 

PERASAAN PADA KAWAN-KAWAN DIA.  KAWAN DIA KATA  :   YE LAH KALAU AYAH 

AWAK NAK JUMPA ANAK DATANGLAH SENDIRI TAK PAYAHLAH NAK BAWA 

ORANG LAIN ...


( ITULAH HASIL PERBINCANGAN BUDAK 11 TAHUN TANPA DIPENGARUHI ORANG TUA BERUSIA 43 TAHUN  )


SO SAYA HARAP, WALAUPUN AWAK SEDANG BAHAGIA DI AWANGAN .

AWAK MASIH 

BOLEH BERFIKIR DENGAN RASIONAL BAHAWA 

YANG BAHAGIA ITU AWAK

 YANG DERITA ADALAH KAMI


SO BIARLAH PIHAK YANG MENDERITA INI MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK 

MENGUSIR DERITA DAN MENCARI KETENANGAN JIWA .


TOLONGLAH FAHAMI PENDERITAAN KAMI

 DALAM 

KEBAHAGIAAN AWAK ...

KAMI CUMA MENERUSKAN HIDUP INI SEADANYA,

DENGAN HARAPAN ESOK MASIH ADA

 DAN 

SINAR BAHAGIA MENANTI DI HUJUNG SENJA



No comments:

Post a Comment