Monday, 14 October 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ENCIK N DAN PUAN N

Nilam,


Janji tinggal janji ... Mak pandai-pandai berjanji nak update blog hari-hari tapi janji dimungkiri.  Kenapa ?

Sebab  :  Masalah teknikal WIFI di rumah kita !

Sebab  :  Hidup ini sukar dijangka !

Sebab  :  Manusia hanya merancang namun Tuhan yang menentukan !


Sekarang masalah WIFI dah berakhir sebab kita dah pindah ke Taman Sri Pandan.  Mak masukkan telefon dan streamyx.  TM bertindak pantas dan cekap.  Hari Khamis isi borang, hari Jumaat kontraktor dah datang buat wiring dan pasang wireless N ADSL 2+ Modem.

Maka Jumaat itu pun menjadi Jumaat yang amat indah bagi Abang Ariff.  Dia dapat sambung balik aktiviti berinternet.

Abang bahagia , mak pun bahagia juga.  Dia bahagia dapat melayari internet.  Mak pula bahagia dapat melayari kehidupan ini dengan menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.  I am not a perfect mother but I try to do my best !

Sehari dua ni, Mak sangat gembira.  Seronok duduk rumah baru yang bersih dan cantik.  Rumahku syurgaku.  Syurgaku syurgamu.  Syurga kita.

Ariff, Nilam dan Rezza,

Untuk makluman, Papa dah selamat mendirikan rumahtangga.  Kita doakan dia bahagia.  Kita pun bahagia di sini ... Mentari tetap memancarkan sinarnya dan bulan tetap nampak bercahaya ...
 

Selamat Pengantin baru Encik N dan Puan N!!!  Salam Aidil Adha ...

No comments:

Post a Comment