Ariff, Nilam dan Rezza,
Semalam, mak tak update blog. Mak bersembang dengan seorang kawan di alam
siber...
...dulunya kenalan di alam nyata ...
( HAKIKATNYA , DI ALAM NYATA, KITA TIDAK PERNAH PUN BERBICARA )
Mak sangat gembira dapat bercerita dengannya...
...dan kegembiraan itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini ... hingga ke malam ini ... mungkin
juga hingga ke dalam mimpi ...
... dan dengan perasaan amat gembira, Mak pergi kerja hari ini. Jam 6.50 pagi, Mak dah
berdiri di tepi gate SMK Seremban 3. Alam masih samar. Lampu jalan masih menyala.
Bayu pagi bertiup lembut ...amat menyegarkan ... tempat ini sangat indah!
Mak berdiri , melihat-lihat pergerakan masuk pelajar, memerhatikan pergerakan masuk
rakan2 guru, Mak perhatikan segala-galanya ... Cuma tak mampu Mak nak perhatikan
pergerakan angin yang berlalu ...
Dalam dingin pagi ,datang sebuah kereta berwarna merah ... berhenti tidak jauh dari Mak ...
Turun seorang wanita bertudung pink lembut ... Mak menuju ke arahnya sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam...Mak tahu, beliau adalah ibu kepada RTN iaitu
pelajar kelas Mak.
Takziah, Puan ... ( Mak bersuara lembut )
Dia menundukkan wajah ... menarik nafas ... dan mula bersuara ...
Inilah ceritanya :
( Sebuah cerita duka )
Wanita ini baru sahaja kehilangan suami pada hari Isnin lalu akibat serangan jantung.
Wanita ini juga baru sahaja kehilangan anak lelaki sulung kira-kira tiga minggu yang lalu
kerana kemalangan jalanraya.
Maknanya , dalam jangkamasa tidak sampai sebulan, dia kehilangan kasih dan jasad 2
insan tersayang.
Ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui ...
Pagi ini dia hadir, menghantar anak ke sekolah ... bukan sekadar menghantar anak... dia
juga menghantar 50 naskah Al-Quran untuk disumbangkan kepada surau sekolah.
Sebelum berpisah, Mak memeluk erat tubuh wanita itu sebagai tanda Mak memberi
sokongan moral amat padu kepadanya agar tabah meneruskan kehidupan bersama 5
orang anak yang ada !
Sungguh ... Tuhan menguji hambaNya dengan pelbagai cara !
TAMAN-TAMAN KASIH HANYA TINGGAL KENANGAN
Nota : Semasa dia menangis, tanpa sengaja, Mak juga menangis ... Tangisan seorang guru yang sedang menjalankan tugas sebagai guru bertugas mingguan...
dalam dingin
hembusan angin,
Mak tersedar,
Dulu2, Mak tak pernah menangis di depan pagar
No comments:
Post a Comment